Kali ni cuba diaktifkan dengan pikap EMG SA dan EMG 81 (dikeluarkan daripada Korina) dengan konfigurasi HS bersempena ulang tahunnya yang keempat bulan lepas (24/11/2015). Mungkin tamak, tak puas hati, or just simply because I can.
Tutup dengan polystyrene. |
Tampal dengan sticker carbon fiber. |
Kaviti cukup luas untuk bateri. |
Setakat ini aku tidak perlu pot untuk tone, ada di situ hanya sebagai hiasan (dummy/prop). Nanti kalau ada rasa nak main tone, baru aku pasang sekali dengan Sprague Orange Drop cap.
Bersempena dengan ulang tahun keempat tadi, Mirage juga dibelanja dengan tali baru D'Addario NYXL (9-42). Mulanya diperntukan untuk Calypso, tapi adalah lebih afdal jika ia pasang pada gitar yang selalu diguna hari-hari untuk mengetahui prestasi dan ketahanan tali NYXL ni.
Buang tebiat pasang tali sebegini tanpa memotong hujung bebola (ball-end) D'Addario yang berwarna-warni.
Setakat ini hanya dipandu-uji dengan HD300 terus ke headphone. Esok mungkin akan ada sessi jamming Hepi;), akan dicuba seoptimumnya dengan amp ular kapak.
_____
Ada apa: Adakah EMG akan serasi dengan LTD?
0 comments
Post a Comment