Berisi sebuah pedal wah Rocktron Tri-Wah. Ya, pedal wah. Sebenarnya aku bukan berapa pandai main pedal wah. Sebelum ni aku pernah memiliki Vox V845 tapi telah dilepaskan kepada seorang rakan sepermuzikan Bintulu untuk dana-dana GLTL.
Terlintas untuk memiliki wah sekali lagi kerana ingin bereksperimentasi dengan solo-solo yang biasa dimainkan semasa jamming.
Agak berdebu-debu liar. |
Dengan kemahiran membodek (negotiating skill) yang kian meningkat, aku berjaya mendapatkan sebuah katalog ESP tahun 2011 (tapi aku dah ada) dan beberapa sticker ESP/GC sebagai hadiah percuma, oklah tu daripada tiada langsung.
Bentuknya lebih kurang macam pedal wah lain, tapi ia agak berat berbanding V845 yang pernah dimiliki. Kalau berat Cry Baby standard aku tak pasti.
Walaupun terGAS dengan Cry Baby Mini (seperti dalam entri yang lepas), aku memilih Tri-Wah sebab murah daripada Cry Baby (diskaun 40% penghabisan stok) dan memiliki tiga mode - NORMAL, CLASSIC, BASS - dengan kata lain, tiga wah dalam satu (hence, Tri-Wah). Satu kelebihan untuk aku yang juga bermain bass.
NORMAL katanya untuk bunyi moden, sesuai untuk distortion, CLASSIC katanya untuk bunyi-bunyian ala Hendrix, manakala BASS untuk julat frekuensi bass. Serius, sebelum ini aku pernah cuba V845 bersama-sama bass, memang hampir tidak ketara bunyi yang di"wah"kan. Dengan mode BASS, dah boleh buat intro bass ala-ala For Whom The Bell Tolls.
Kelebihan
- Tiga mode - NORMAL, CLASSIC, BASS.
- Memiliki LED, akan menyala apabila pedal diaktifkan.
- True bypass (aku tak berkira pun pasal ni).
- Ruangan bateri 9V yang senang diakses.
- Berat, melebihi 1.5 kg.
- Jenama Rocktron itu sendiri - kurang dikenali dalam kalangan rakan-rakan, nilai jualan semula (resale value) mungkin terjejas, itupun kalau nak jual.
- Butang pijak terlalu lembut, ada kebarangkalian ter-OFF kalau terlajak
larisme-wah-kan pedal sampai hujung.
_____
Ada apa: Macam nak target Rocktron Hush.
5 komen:
Black friday cum xmas shopping ke
Rocktron bukan femes jugak ke jenama dia?
deaf:
boleh kira la jugak, ada lagi satu barang datang the next day
rafi:
rocktron mmg femes, tapi dlm konteks ayat aku tu "kurang dikenali dalam kalangan rakan-rakan"
Battery lid nampak lebih teguh dari Dunlop.
yustech:
asalkan senang access bateri, drpd membuka skru
d'arsil:
wah
Post a Comment