Bernasib baik terjumpa multi-effects Boss ME-50B terpakai (used) yang dijual pada harga kasih sayang. Dengan berbekalkan dana-dananya hasil jualan (GLTL) beberapa pedal stompbox Boss yang tidak digunakan, aku berjaya memiliki barang lagenda (stuff or legend) ni.
Tiada kotak, manual asal dan adapter disertakan, hanya unit ini seadanya dengan fizikal yang masih memuaskan. Calar-calar, karat dan kotor sikit tu tak mengapa yang penting masih 100% berfungsi, it's a Boss after all...
Tombol-tombol yang banyak sebegini biasanya memeningkan. Tapi jika dianggap seperti susunan 3-4 pedal stompbox, terasa lebih mesra pengguna dan mudah dilaras.
Dua mode; manual dan preset, aku lebih suka guna mode manual, terasa seperti main stompbox sebiji-sebiji kemudian save sebagai personal presets.
Dengan pengalaman yang tak seberapa, ternyata efek paling berguna semasa main bass ialah compressor dan bukannya overdrive/distortion mahupun modulation lain. Ada lima jenis compressor/limiter, aku suka D-COMP, menurut manual (yang dimuat-turun) ia adalah modeling MXR M102 Dyna Comp.
Sayangnya ME-50B ni tidak memiliki amp modeling, yang ada cuma MASTER preamp (4-band EQ + LEVEL) dan DRIVE/SYNTH. Bahagian ni aku suka guna BASS DRIVER - modeling Tech21 Sansamp Bass Driver DI. Bahagian DELAY/MODULATION jarang guna. Jadi tak payah cerita.
Expression pedal yang tegap, selain untuk volume dan wah, ia juga boleh digunakan untuk parameter lain antaranya kick-drum - boleh buat macam bunyi mallet ketuk bass drum.
Ada satu fungsi tersembunyi di bahagian belakang - NOISE SUPPRESSOR - one knob to rule them all, macam Rocktron HUSH.
Seperti ME-series yang lain, ME-50B juga boleh guna bateri AAx6, tapi tak mengapa (parap-parap) sebab aku ada adapter Boss PSA.
Setelah digunakan untuk satu sessi jamming, selain tiada modeling amp, kelemahan lain yang ketara ialah tiada USB (model lama) dan direct ouput atau DI untuk disambung terus ke PA system atau mixer.
Mungkin ME-50B ni dicipta sebagai unit efek sokongan kepada rig bass biasa (amped rig) kot? Tapi sebab aku dah tak ada amp (SW35 dah lari ke Labuan), terpaksa guna DI box berasingan - Samson S-direct atau Behringer DI20 (HSE punya) - untuk sambung ke PA system.
Pak Marco pun katanya guna benda ni semasa rakaman album EFMB.
Untuk bass rig aku, dengan adanya ME-50B harapnya selepas ini tak perlu lagi ada penambahan pedal. Kalau nak tambah pun, mungkin cari amp bass (lagi?).
_____
Ada apa: Ingin mencari versi gitar, ME-50 (ME-70/80 terlalu besar).
2 komen:
bass pun ada efek ya. baru tahu..
vokal pun ada efek
Post a Comment