Sessi jamming pertama untuk 2016 berlangsung Ahad lepas, ada sedikit kelainan kerana Hepi;) kini adalah band 4-piece!
Seperti biasa, apa-apa barangan terbaru akan dicuba seoptimumnya semasa sessi jamming. Kali ini ingin mencuba Rocktron
Tri-Wah, Blackstar
LT-Dual dan EMG
81/SA (Marshall
EH-1 tak bawa).
|
Delay Beta-Aivin kepunyaan si Korawk. |
Sementara menunggu bandmates lain datang, berpeluang untuk membandingkan LT-Dual dengan
SC-2. Ternyata kedua-duanya mempunyai bunyi yang lebih kurang sama (emulasi bunyi
HT-5RH), cuma LT-Dual ni lebih tebal (bassy) manakala SC-2 lebih hi-fi, mungkin kerana SC-2 mempunyai dua EQ berasingan (bass/treble) manakala LT-Dual cuma ada tone dan ISF.
Keputusannya, aku memilih SC-2 sebagai distortion utama aku berbanding LT-Dual kerana:
- Kedudukan dan jarak kedua-dua butang pada LT-Dual menyebabkan ia agak sukar untuk dipijak terutama jika dipasang pada Pedaltrain.
- LT-Dual merupakan hadiah daripada Bro Sub, tak sampai hati nak tengok pedal ni dapat battle scars nanti, hehehe.
- SC-2 true bypass, sebenarnya aku tak berkira sangat pasal true bypass ni.
|
Stacked Peaveys. |
Untuk penggunaan efek luaran, aku memilih clean Brit modelling (Vox AC) pada
Vypyr 30, bypass effects, flat-EQs. Studio Pro 112 (Korawk punya) akan digunakan oleh gitaris ketiga. Ah? Gitaris ketiga?
|
Ibanez, LTD dan Cort. |
Ya gitaris ketiga, kali ni Hepi;) disertai oleh Azroy Hammett, bersenjatakan Ibanez
JEM7V (replica) dan Vox
StompLab 1G. Bagi mereka yang mengikut AADI sejak 2009 pastinya pernah baca entri-entri jamming bersama Azroy.
|
Throwback, entri 2009, si baju hijau masih slim :) |
Gandingan Azroy dan Azrol (Double A?) ni memang gila-gila dan kelam-kabut. Tapi kalau dapat kawal kedua-duanya, serius, memang serasi dan harmonik (layan lagu-lagu Lefthanded). Sebab itu aku
putus asa beralih main bass dan membiarkan kedua-dua mereka ber-duel.
Aku tak pasti dapat atau tidak tarik Azroy ni masuk
MUP. Tapi kalau setakat Hepi;) tiada masalah sebab Azroy merupakan gitaris asal Hepi;)
Permulaan yang baik untuk 2016.
_____
Ada apa: Hujung minggu ni sambung lagi...
2 komen:
best pulak baca entri tahun 2009 tu...
akupun tersengih kalau baca entri djaman mula2 main gitar, lagi tersengih kalau tgk gambar djaman "slim"
Post a Comment