Sempat layan filem
WarCraft The Beginning tak lain tak bukan di
Star Cineplex malam tadi lepas sungkei. Bagi mereka yang pernah main game siri
WarCraft (seperti aku) amat senang nak hadam jalan ceritanya yang tak jauh berbeza seperti dalam game... Pastinya sedikit sebanyak *menggamet memori.
|
Image linked from somewhere. |
Yang tak pernah tahu pasal
WarCraft (termasuklah
WoW) pasti akan sedikit terpinga-pinga kerana dalam filem ni anda akan sentiasa dihujani dengan mitos, magis, kerajaan, bangsa dan mahkluk dunia Draenor dan Azeroth tanpa pengenalan atau latar belakang yang naratif.
Rasanya tak perlulah aku ulas pasal filemnya di sini. Cuma yang lucunya agak lama untuk aku mengecam pelakon watak Sir Anduin Lothar walaupun mata birunya yang seakan bercahaya begitu familiar, mata yang sama dalam watak Ragnar Lothbrook (Travis Fimmel) siri
Vikings.
|
Image linked from somewhere. |
*Ok, siri
WarCraft pertama yang aku main ialah
Warcraft II: Tides Of Darkness, semasa tahun pertama USM sekitar 1997, siri pertama (aka
Orcs & Humans) tak sempat.
|
Image linked from somewhere. |
Inilah antara game terawal yang "mengajar" aku mengadap PC berjam-jam, satu kempen tu kadang-kadang memakan masa 1-2 jam hanya sekadar untuk persiapan sebelum menyerang. Walaupun grafiknya agak poyo berbanding standard sekarang, tapi itulah penangan genre real-time strategy (RTS).
Memori zaman
WarCraft III: Reign Of Chaos dan
Frozen Throne rasanya tak perlu ceritalah di sini...
_____
Ada apa: Blizzard, sila bikin filem
StarCraft pula lepas ni.
6 komen:
Aku dulu main aku avoid upgrade church ke hapa, aku pakai gryphon ke apa burung besar tu banyak2 instead.
dah tu aku tak berani jadi geng jahat.
geng jahat makan babi.
Sekian.
Tak pernah main dan tak tahu warcraft ni...baru jer sedut filemnya...konpem bila aku tengok nanti mesti blur...
dlu kwn slalu ajk men gem ni... sampai la ni aku tk reti men gem ni.. asek klh jek.. muehehe
deaf:
haha tak buat church tak dapat upgrade knight jadi paladin
gryphon rider alternatif
aku mula2 main mmg pilih orc horde - lokdar, zum zum, srobu, dabu!
bert:
kalau biasa tgk movie jenis sword & sorcery (LOTR, hobbit, etc) taklah blur sangat
KR:
tak ngam dengan genre RTS la tu
Warcraft 2 je aku penah main,tapi cepat bosan,last2 terjebak dengan game red alert.
oh rupanya dari game... tunggu masuk hbo je..hehe
Post a Comment