Singgah membeli keperluan harian di J5 Mart yang terletak di Junction 5 (bersebelahan Bintulu Times Square). Aku tak pasti kenapa nama kawasan ni dipanggil Junction 5, mungkin disebabkan jaraknya lima batu dari pusat bandar Bintulu kot?
Baru perasan ada sebuah bazaar Ramadhan dibuka di sini, tapi taklah sebesar bazaar di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu (tempat BOTB). Hanya ada tiga buah khemah atau lebih kurang 10-15 gerai sahaja yang beroperasi.
Tapi tiada gerai yang menjual produk makanan eksotik atau yang menarik perhatian, jadi rasanya tak perlulah aku snap gambar.
Google Street View - imej setahun yang lepas (Jun 2015), Junction 5 masih belum siap. Skrol ke kiri sikit boleh nampak BTS yang gah nama dari rupa.
Pemandangan BTS dari area bazaar. Nampak rongak semacam kat atas tu? Aku rasa tu mungkin projek terbengkalai GCS Lite (betulkan jika aku salah) yang dijadualkan beroperasi tahun ini. Dengar khabar, rekabentuk dalamannya tidak menepati spesifikasi GSC, sebab tu terbengkalai kot? Wallahu'alam, akupun tak tahu...
_____
Ada apa: Tunggu cineplex BCS buka dulu.
4 komen:
Rongak? Tergelak aku baca. Sesuai description.
tahun ni aku kurang gi bazaar ramadhan...wife rajin pulak nak masak...
sedih bercampur pilu nengok kesan rongak kat atas bangunan tu
deaf:
rongak la tu, macam gigi
bert:
kadang2 membazaar juga bila mrs bagi signal tak sempat memasak
adi:
bersabarlah... kita tunggu cineplex commerce sq
Post a Comment