(P) 2004 Black Machine Holdings Ltd. (C) 2004 Steamhammer, a division of SPV GmbH. Ini merupakan album terakhir Blaze, sebelum band ini berkubur kerana semua ahlinya keluar, tinggal Bayley seorang.
Empat tahun kemudian Bayley kembali dengan band baru menggunakan moniker eponimus "Blaze Bayley" dan membalas dendam dengan album epik The Man Who Would Not Die.
Berbanding album sebelumnya Tenth Dimension yang agak kurang aku layan, lagu-lagu dalam album kali ni memang masyuk. Selain lagu-lagu yang agak berat sesuai dengan julat vokal Bayley, juga terdapat beberapa buah lagu yang melankolik dan beremosi contohnya Blood And Belief, Life And Death, Regret dan Soundtrack Of My Life.
Dah 12 tahun dah album ni, dah boleh kira album klasik segera (instant classic). Teringin pula nak masukkan lagu Life And Death, Regret dan beberapa lagi lagu Blaze Bayley (termasuk zaman Iron Maiden) dalam setlist MUP sebagai tribute. Kita tengoklah nanti...
_____
Ada apa: Mencari peluang nak beli Infinite Entanglement.
2 komen:
Banyak aku ketinggalan pasal Blaze ni.kalo tak kerana x factor mmg aku tak kenal dia ni
Sama la...aku pun tertinggal ketapi dengan blaze ni...
Post a Comment