***Album solo debut"Abang"Dato' Awie (selepas keluar dari Wings) self-titled, keluaran tahun 1994. Boleh dikatakan super album sebab hampir semua lagu-lagu dalam album ni best walaupun terlampau jiwang dan muziknya jauh berbeza dari zaman Wings.
Aku layan album ni waktu aku Tingkatan 4 (1995), sama ada kaset abang aku atau pinjam kaset member. Muzik yang lebih kepada pop, balada dan kontemporari dengan lagu berhantu Tragedi Oktober dan Ukiran Jiwang. Alaaa, waktu tu aku taklah se"metal" mana pun... Jiwang juga, hahaha!
Satu-satunya album solo Awie yang aku suka, album O-Tak dan seterusnya langsung aku tak layan, sehinggalah Awie kembali bersama-sama Wings.***
Dengan adanya versi CD album ni, maka lengkaplah kelima-lima CD album rock Melayu dalam senarai buruanku - Bikin Wilayah, Biru Mata Hitamku, A-Live, dan Medley Rugged - tak kisahlah walaupun hanya versi rilisan semula.
Versi kaset dibeli pada 25/10/1997, versi CD pula dibeli 20 tahun kemudian, ironinya juga dalam bulan Oktober! Memang betul-betul TERjadi Oktoberlah album ni.
_____
AADI: Funky monyet~
4 komen:
Apa pun memang ternaik bulu roma semua main oktober je..
Haha,
Rocktober Fest
tak follow sangat Awie solo...tapi yang ni ada juga dengar...adik aku dulu ada beli kasetnya...
Sembilu part 1.filem trajedi oktober pun ada.hehe
Post a Comment