Album pertama Nightwish yang mengetengahkan Floor Jansen (After Forever, ReVamp) sebagai vokalis utama menggantikan Annette Olzon (ok, lupakan cerita Tarja Turunen yang dah lebih sedekad berlalu). Bab Jansen masuk Nightwish ni memang aku dah jangkakan sebelum album ni diriliskan (pasca Showtime, Storytime) lagi.
Oh ya, tak lupa juga Troy Donockley yang secara rasminya juga telah menjadi ahli keenam Nightwish, pada album-album sebelum ini beliau hanyalah sebagai pemuzik jemputan. Tiupan seruling Celtic-nya sekian lama menjadi trademark muzik Nightwish.
Sejak aku mengikuti Nightwish mulai dari album Once, rilisan mereka tidak pernah mengecewakan. Baik era Turunen, Olzon (Dark Passion Play, Imaginaerum), hinggalah era Jansen, semuanya tahap masterpiece. Respek kepada Tuomas Holopainen yang menjadi mastermind dan tunggak utama Nightwish.
Album kali ni berkonsepkan sains, kehidupan dan teori evolusi daripada Charles Darwin dan Richard Dawkins (spoken words pada permulaan album adalah suara beliau). Daripada album ni juga aku kenal siapa itu Sharbat Gula (hahaha baru tau siapa namanya, sebelum ini cuma kenal gambar), peminat Nat-Geo pasti kenal.
Dan seperti album-album Nightwish sebelum ini, elemen orkestra dan koir memang tepu, tapi tidak sampai menenggelamkan elemen metal.
CD kedua merupakan versi instrumental, lagu yang sama seperti CD pertama tapi tanpa vokal, sesuai untuk dipasang sebagai runut bunyi.
Menjawab komen Deaf dalam entri HammerWish mengenai line-up Nightwish:
- Line-up mereka yang paling mantap setakat ini dan lebih ke-Eropah-an sebab ada Englishman (Donockley) dan Dutch lady (Jansen) selain ahli Finnish yang asal. Cuma agak sedikit kecewa sebab tak berpeluang untuk menonton konsert mereka di Singapore tahun lepas.
- Aku tak ada masalah dengan vokal Floor Jansen, dah biasa dengar sejak zaman After Forever. Vokal Jansen ni lebih dinamik, boleh mendayu-dayu, boleh juga hampir tahap growl metal.
- Walaupun masih dikreditkan sebagai ahli, tapi Jukka Nevalainen tidak terlibat dalam pembikinan album ni kerana "cuti sakit", tugas tukang pukul digalas oleh Kai Hahto (Wintersun) berterusan sehingga tour.
- Kurang solo-solo gitar menyengat Emppu Vuorinen, mungkin dibayangi solo kibod Holopainen dan seruling Donockley.
- Ah, hampir lupa nak komen pasal idolaku Bang Marco (Hietala), kali ni vokalnya tak berapa menonjol. Hanya menjadi vokal runut, kecuali untuk lagu terakhir baru ada vokalnya yang jelas.
[Added 22/02/2017] Aku lupa aku pernah baca ulasan album ni dalam blog Dissecting The Euphony, silalah singgah.
AADI: Lepas ni nak cari DVD Showtime, Storytime.
4 komen:
Aku suka Floor Jansen ni. Aku cuma tahu kewujudan minah ni bila dia masuk Nightwish.
Tapi aku ada satu kawan sekerja yang tahu dia pasal kawan kerja aku ni dengar muzik2 seperti After Forever gitu.
Floor Jansen aku suka imej heavy metal dia.
Dan dia memang corakkan imej heavy metal.
dan dia dahsyat nyanyi live. Dia macam pro giler ah atas pentas.
Nightwish dgn floor jansen mmg aku tak penah dengar lagi.nanti nak layan kt youtube
tak follow...so aku blur bila orang cerita pasal Nightwish...
ada juga ku dengar2 dalam youtube muzik dorang ni layan juga.
Post a Comment