Sejak perasan kewujudan Capsule by Container Hotel yang terletak di tingkat bawah KLIA2 ni tahun lepas, teringin juga nak mencuba kerana konsepnya yang unik - tidur dalam kontena.
Sejurus selesai urusan rasmi di Putrajaya Isnin dua minggu lepas, aku terus ke KLIA2 tak singgah ke laut (laut mana?), flight aku balik Bintulu keesokan paginya seawal pukul 7.15, pastinya boarding sekitar pukul 6.30-6.45 pagi. Jadi, hotel kontena dipilih supaya tidak kelam kabut keesokan pagi dan jadi gelandangan di KLIA2 bukanlah sesuatu yang aku suka.
Pertama sekali, ia bukanlah seperti yang aku jangkakan iaitu menyewa sebuah bilik bersaiz kontena trak. Rupa-rupanya kontena telah diubah suai menjadi beberapa
Ada opsyen single bed atau double bed (queen), male/female dorm atau sharing yang dikira mengikut kadar sewa per jam (3, 6, 9, 12 jam gitu). Aku tiba KLIA2 sekitar 5.00 petang jadi aku sewa 12 jam single bed.
Inilah dia ruang tidur anda untuk saiz single bed, ruangnya cukup-cukup untuk tidur sahaja. Tingginya pun cukup-cukup untuk duduk. Kalau yang jenis claustrophobic tu minta maaflah. Juga agak kurang privasi kerana setiap kapsul hanya berpintukan tirai PVC.
Nak mandi atau kincinvera? Ada ruang mandi dan tandas ala asrama, dengan pintu koboi. Siapa-siapa yang pernah tinggal asrama, pasti akan terkenang kembali waktu itu...
Ruang nampak luas/panjang disebabkan efek cermin, padahal cuma ada empat faucet. Cecair sabun dan syampu ada disediakan di dalam setiap ruangan mandi. Cecair sabun tangan dan pengering rambut juga ada disediakan.
Ruang santai, terdapat banyak buku-buku (tebal) jika anda suka membaca sambil menunggu mata mengantuk. Dengan pemandangan luar kawasan bas ekspress.
Aku dapat bayangkan beginilah keadannya jika kita tinggal di dalam nuclear bunker (fallout shelter), atau kalau lebih sci-fi sikit, macam tinggal dalam kapal
Pros:
- Konsep retro-futuristic dan steampunk, sesuai untuk mereka yang jenis travel light dan on-the-go.
- Tempat tidur yang selesa, lebih bagus daripada anda bergelandangan di KLIA2.
- Lokasi yang strategik, sesuai untuk mereka yang menunggu flight awal pagi atau dalam transit/connecting flight.
- Sempit, claustrophobic.
- Kurang privasi.
- Kurang sesuai untuk yang berkeluarga.
- Sewa yang boleh dikatakan kurang berbaloi per ruang/privasi, mungkin lebih berbaloi jika sewanya 40-50% lebih murah berbanding kadar semasa.
_____
AADI: Oklah, aku mengaku agak serik, kah kah kah~
5 komen:
baru tau kat KLIA2 ada bilik kontena ni.bole tahan menarik jugak.ok la kalau untuk travel sorang2.
aku pun baru tau benda ni...ingat kat jepun jer ada...
I aaw before. Ni bila turun je dari tempat bas awam nye load/unload bay boleh nampak sebelah kiri.
Tapi mungkin kalau ngan love ones aku , aku keluar duit untuk privacy ni, tapi kalau aku sorang, tidur kat tepi eskalator sebelah area orang tak lalu lalang.
baru tau juga ni..
bangun tido tau2 dah kat port klang... hehehe
Post a Comment