Tiga rakan blogger sudahpun ada cerita tersendiri mengenai album, boleh singgah untuk cerita versi Rafi Xyrus, versi D'Arsil dan versi Berteromber. Entri mereka lebih berinformasi.
Seperti album Hijau, aku rasa album ni antara album lagu Melayu yang malar segar/hijau, lagu dan liriknya masih relevan hingga ke hari ini walaupun sudah lebih 20 tahun usianya.
Aku tidak mengikuti M. Nasir, tapi ada beberapa lagu yang menggamet memori dalam album ni (ada yang sampai tahap berhantu) membuatkan aku teringin memilikinya berbanding album-album beliau yang lain.
Bagi aku, ada dua lagu berhantu dalam album ni. Pertama lagu Mentera Semerah Padi, mendengar intro ala nobatnya pasti akan mengingatkan zaman rajin bersilat cekak di USM sekitar 1997-2000 dulu. Lagu ini biasa digunakan sebagai runut bunyi semasa pertunjukkan silat (selain lagu Mortal Kombat).
Sekadar video hiasan.
Kedua, lagu Bonda. Antara sebab kenapa sepatutnya menjadi entri minggu lepas *bersempena dengan Hari Ibu.
Bait-bait lirik "Mengapa sinar neon dan gedung indah, kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa, sejuta haruman... Kini menjadi penjara jiwa, ku yang merindukan ketenangan..." ada kaitannya dengan keputusan aku untuk berhenti kerja di Penang dan balik kampung sekitar 2005 dulu.
Serius, M. Nasir nampak pelik tanpa
Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud pun pernah jadi Juara Lagu, tahun bila eh?
_____
AADI: Rindu nak bersilat lagi.
4 komen:
baca dari blog berteromber.. nampak cd ni terus beli, mmg betul sedap2 lagu dalam album ni.
ni kalau keluar vinyl memang best...tapi kalau harga yahudi terus jadi tak best...haha..
Lagu hud-hud pernah jadi juara lagu tahun 94.masa tu media tgh boikot m.nasir ni pasal isu "siapa mahathir?"tu
"Rumput sana lagi hijau,"
M nasir on live radio kat Singapore 91.3fm
Post a Comment