Ok, agak terlambat untuk mendapatkan album studio kelapan FF keluaran tahun 2014, kerana FF mutakhir ini dalam proses menunggu tarikh rilisan rasmi album kesembilan mereka Concrete And Gold dalam beberapa minggu lagi.
Diperolehi daripada Inverno Music Station (Mahkota Parade, Melaka) penghujung Julai lepas melalui promosi dua CD untuk RM50 (bersama CD Audioslave) di Facebook mereka.
Seperti album sebelumnya Wasting Light, album ini dirilis dalam pakej slipgate. Aku tak berapa suka format digipak, tapi format slipgate sebegini lagi menyampah, terasa agak murahan (feels cheap), susah nak keluar/masukkan CD, senang rosak dan kalau rosak juga, memang bye-bye lah.
Album ini pada pendapat aku mudah dihadam berbanding tiga album limbo ketika aku berhenti mengikuti FF (OBO, IYH, EPS&G). Kembali mengikuti FF kerana respek dengan tindakan Dave Grohl, patah kaki pun masih nekad menghiburkan peminat dan tak batalkan konsert.
Lagu kegemaran pastinya Congregation, Something For Nothing (ada riff seakan-akan Holy Diver), dan Outside (bass terasa lenggok Lounge Act). Dengan adanya dua lagu berentak perlahan dan santai Subterranean dan I Am A River membuatkan album ini terasa seperti FF penghujung 90an (era TINLTL).
Dalam masa yang sama agak ketara kematangan FF dari segi vokal Grohl dan muzik FF itu sendiri; 3-amigos attack (Grohl/Shiflett/Smear) dan kolaborasi dengan beberapa artis lain.
_____
AADI: Muka depan, struktur ikonik Amerika dalam satu imej.
3 komen:
sama la...aku pun tak suka digipak ni...selain senang rosak...susah jugak nak selit kat rak...
btw...aku tak follow FF...tapi cover ni cantik la..
Aku pun tak berapa follow FF ni tapi ada jugak la lagu2 dia yg melekat.digipack ni bucu dia selalu rosak tu yg leceh
Outside mmg antara yg sedap...dari album ni.. tapi bass dan music dia guna ground lagu lama Nirvana cover band lain Return of the Rat..yg mula2 single dia keluar xterhadam aku..
Foo mmg recycled old song riffs.. tapi lyric dia yg powerful tue. jd feel semacam..
Post a Comment