Selain tempat untuk bersukan dan aktiviti riadah lain, KKB juga menyediakan studio jamming untuk ahli. Menggunakan "tiket" Azri sebagai ahli kelab untuk menyewa studio jamming KKB ni. Ruang studio agak luas, equipment bagus, cuma dinding tidak memiliki sebarang "rawatan" akustik, menyebabkan suasana bergema.
Tama drumset, dua amp gitar Marshall MG101CFX, amp bass Laney RB4 (model lama), amp keyboard (juga sesuai untuk modeling multi-fx) Laney AH80 dan PA system Yamaha dan Behringer. Kecuali drumset yang agak basic, equipment lain boleh menandingi apa yang ada di 36 Studio suatu ketika dahulu.
Sessi pun secara impromptu, petang rancang, malam jamming. Jadi tiada apa-apa persediaan atau latihan sebelum sessi. Dihentam dengan lagu-lagu yang biasa dimainkan, kecuali dua lagu (cover) baru; We Rock (Dio) dan Numb (Linkin Park) yang menjadi walaupun tanpa latihan.
Equipment aku jenis grab and go - guna Johnny (Squier J5 Tele) yang dipasang semula dengan pikap asal beberapa hari lepas dan gigrig RMU3P (real men use three pedals) dengan Boss ST-2 sebagai distortion utama.
Ya, dengan pikap asal, Johnny ini juga menyerlah sebagai gitar hard rock atau metal, it's a John 5 signature after all. Cuma inilah kali pertama aku menggalas gitar ini yang beratnya 4.7 kg untuk sessi dua jam, memang lenguh bahu dibuatnya.
_____
AADI: Lain kali bawa gitar ringan dan multi-fx.
3 komen:
very nice post Ijau
wow...We Rock...best tu
mungkin we rock akan jadi setlist wajib MUP akan datang, mungkin...
Post a Comment