Jumaat (29/09/2017), sempat membawa anak-anak bermain buih kelolaan Bintulu Giant Bubbles di kawasan awam Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF 2017).
Bintulu Giant Bubbles ini diusahakan oleh Nasuki Malim dan rakan-rakan yang biasanya memeriahkan suasana petang hujung minggu di Esplanade, Promenade dan Pantai Tanjung Batu bersama-sama persembahan Bintulu Buskers dan/atau Buku Jalanan Bintulu.
Petang itu, kawasan awam penuh dengan buih-buih berterbangan pelbagai saiz. Orang awam boleh menyewa "tongkat sakti" pelbagai saiz dengan bayaran RM5.00 beserta semangkuk cecair sabun yang kuat berbau Joy biru.
Si kakak kusyuk menghayun "tongkat sakti", nun di sana pula Mrs. Ijau penat mengejar si adik (topi biru) yang terlalu teruja mengejar buih-buih berterbangan.
Demonstrasi buih gergasi oleh Rashid Malim (abang kepada Nasuki) yang juga merupakan drummer COG dan co-founder Metuk Ulau Projekt (ejaan ketika itu).
Rahsianya, lagi likat (viscous) cecair sabun, lagi lama buih akan bertahan. Kalau agak cair, memang tak sempat terbentuk dah pecah.
Ok, tak ada yang menarik untuk BIKF tahun ini, tiada BOTB, busking listrik ada, tapi MUP tidak
_____
AADI: Burst your bubbles.
2 komen:
Pandai geng2 Bintulu buat bisness...tabik!
Betul.geng2 bintulu memang kreatif.
Post a Comment