Dihantar oleh Adi Herman pada malam Isnin (9/10/2017), sebuah gitar Jackson Rhoads, aku tak pasti model apa tapi berkemungkinan model RR3 berdasarkan karekteristiknya. Ini merupakan gitar utama Tazudin, ditinggalkan di Bintulu untuk servis, manakala *gitar kedua (backup) BC Rich Mockingbird digunakan semasa persembahan mereka di Miri - berdasarkan gambar-gambar Facebook Adi Herman.
Headstock Jackson sememangnya seksi. Dah lama teringin untuk mendapatkan sebuah Jackson dalam axology, kali terakhir ber-Jackson tujuh tahun lepas dengan Kelly Kelly (JS32T Kelly). Tapi mungkin jodohku bukan dengan jenama Jackson, sebab baru-baru ini pun terlepas peluang untuk memiliki sebuah Jackson, mungkin akan dirapu dalam entri lain.
Buatan Jepun dengan plet nombor siri 9767588. Maple neck, ebony(?) fretboard with the infamous Jackson's
Difahamkan gitar ini bermasalah dengan output, sama ada output kurang ataupun langsung tiada output. Biasanya masalah macam ni sama ada volume pot bermasalah ataupun output jack. Tapi yang peliknya, bila aku cuma pandu-uji untuk pertama kali, semuanya normal, tiada masalah.
Menjenguk isi perut, masih lagi pendawaian asal dari kilang Jepun, belum ada apa-apa modifikasi. Tiada apa-apa wayar pintas (short-circuited) dikesan.
Output jack pun dah guna Switchcraft yang tahan pukul, juga tiada masalah dikesan. Dipandu-uji berkali-kali menggunakan amPlug2, Micro Cube dan HT-5RH, ketiga-tiganya tiada masalah, ada output, dan output maksima bisa mendapatkan bunyi distortion yang tepu.
2-3 hari kemudian, dicuba lagi, masih tiada masalah. Jadi kesimpulannya, gitar ini tiada masalah, berkemungkinan besar masalah pada kabel yang digunakan.
Ok lain cerita, gitar ini dihantar bersama-sama hardcase Gator GW-Extreme. Hardcase yang lebih berat (8.0+ kg) berbanding gitar (3.0+ kg), teringat Jairo ada hardcase sebegini untuk Ironbird-nya. Mana Jairo?
Hardcase ini mempunyai foam pelbagai bentuk yang boleh dipadankan dengan gitar berbentuk ekstrim - Jackson (Rhoads, King V, Kelly, Warrior), Gibson (Explorer, Flying V, Firebird), BC Rich (Warlock). Sempat jugalah mencuba Korina masuk dalam hardcase ni, memang muat untuk Explorer, kah kah kah...
*Moral of the story - sentiasa bawa gitar backup kalau ada persembahan awam atau gig di luar kawasan. Shit do happens...
_____
AADI: Jackson oh Jackson, lari ke LTD.
5 komen:
made in japan . Power ini barang. sayangnya 22 fret kalo tidak mahu juga ada dalam axelogy saya. Sekarang sedang mengusha LTD DV200 Dep MAsteng punya gita. harap harap modal mencukupi. heheh
teringin king V :)
kalau aku pandai main gitar...mesti yang ni masuk dalam list..
Tuan... Jackson = shark fin, Ibanez = shark tooth 😬
bert - beli dulu, belajar kemudian
deaf - nicer
bro sub - corrected, messed-up dah dengan fin/tooth
Post a Comment