RG331M ini sebenarnya masuk servis bersama-sama
EC-256 si Korawk beberapa minggu lepas. Walaupun tidak seteruk EC-256, tapi gitar ini juga seperti kurang kasih sayang, penuh dengan residu manusia pada badan dan fretboard. Ok, tak sampai hati letak gambar luaran sebelum diservis...
|
Dah bersih cantik berkilat. |
Selain dibersihkan dan dipasang dengan set tali gitar baru D'Addario
EXL110, servis utama adalah untuk tukar wiring baru. Tuan punya mengadu ada arus bocor, kadang-kadang akan terasa renjatan elektrik kecil bila menggunakan gitar ini, selain humming yang tidak tertoleransi oleh telinga.
Tiada renjatan elektrik aku hadapi semasa proses trial-and-error (adakah aku dah immune?). Mungkin masalah pada rig yang digunakan oleh tuan punya? Amp? Pedal power adapter? Tapi tak mengapa (parap-parap), diteruskan juga dengan wiring baru.
Bab yang ini aku patut berterima kasih kepada
Yustech, daripada blognya aku belajar cara untuk meringkaskan wiring berbanding wiring sebelumnya yang berserabut seperti di bawah.
Ini bukan wiring asal dari kilang Ibanez, sebelum dipasang semula dengan set pikap INF, gitar ini pernah dipasang dengan set Seymour Duncan
Hot Rodded. Aku pernah terbaca resit servis, memang kena cas gila-gila - install pikap lain cas, wiring lain cas, darab dua pikap, cas pro-setup lagi fuh! Memang untung atas angin.
Aku berpegang pada prinsip "jangan cas harga pro, kalau servis kita tak sampai tahap pro".
_____
AADI: Cas aku? Dapat cover beli
pateri baru dan tools lain, jadilah~
0 comments
Post a Comment