Dengan perolehan DiMarzio Evolution DP158FW
beberapa minggu lepas, akhirnya Seymour Duncan
Pegasus yang lebih setahun terperap
dalam simpanan kini sudah memiliki pasangan yang sesuai.
Walaupun berlainan jenama, tapi aku rasa inilah kombo yang sesuai untuk dieksperimentasikan pada
Johnny (Squier J5 Telecaster) selepas set DiMarzio classic rock yang dikeluarkan
sebelum ini. Warna bobbin kontras putih-hitam agak sesuai dengan penampilan gitar ini berbanding jika dipasang pada gitar lain.
Pengalaman beberapa tahun menggunakan
Calypso (Charvel So-Cal) membuktikan Evolution pada gitar berkayu alder merupakan kombinasi yang mantap. Karekternya terserlah semasa solo, setiap not yang dimainkan akan dapat mencilok (cut-thru mix) walaupun riff-riff pemain rhythm lebih padat dan tepu.
Secara mitosnya, pikap dengan output medium seperti Pegasus ini lebih cemerlang pada gitar yang berat (
Johnny @ 4.7 kg). Juga bunyi low-end yang dihasilkan oleh Pegasus ini dapat mengimbangi bunyi nyaring (bright) yang sinonim dengan gitar Telecaster.
|
Abaikan pendawaian yang buruk, asalkan berfungsi 100%. |
Masih mengekalkan konfigurasi tombol kegemaran; 1 volume + 1 tone, push-pull pot untuk variasi split coil dan kapasitor Mallory 22 nF. Gitar yang jenis nyaring seperti Telecaster perlu ada tombol tone.
Ya, Telecaster purely for metal, with the best of both camps! Ia akan menjadi gitar utama (or backup) untuk persembahan awam atau gig akan datang. Tinggal satu saja lagi kelemahan gitar ini, iaitu beratnya...
_____
AADI: Hari ini
Hari Gitar Sedunia 2017?
0 comments
Post a Comment