Muka depannya seperti gabungan Melissa (tengkorak) dan Don't Break The Oath (tangan dan tema warna kuning). Tengok tajuk-tajuk lagu - Angel's Blood, Son Of Satan, The Wolf Feeds At Night, Pentagram
Tapi aku agak sedikit kecewa, rasanya 4-5 lagu permulaan sahaja yang agak layan. Lagu seterusnya seolah-olah "filler". Vokal Sean Peck seakan-akan ingin mencuba dinamik ala King Diamond tapi tanpa falsetto. Oleh sebab itu vokalnya seolah-olah bertukar-tukar daripada vokal ala Ozzy Osbourne, kemudian Brent Hinds, tarik macam Rob Halford (imej/penampilan pun sama) atau Matt Barlow.
Dari segi muzik dan kerja gitar memang ampuh, memang terasa riff-riff "jahat" tanpa perlu talaan terlalu rendah, dual-harmony attack dan tona gitar yang biasa didengar dalam album-album klasik MF. Mereka membuktikan tak perlu riff yang kompleks atau solo yang bergulung-gulung untuk membuatkan sesebuah lagu itu "jahat" atau mudah diingati (memorable).
Tapi apa-apapun, pendapat peribadi aku masih sama seperti perenggan ketiga... Rasanya cukuplah dengan Mercyful Fate.
_____
AADI: Dengar saja, jangan terpengaruh dengan lirik-liriknya, kah kah kah...
2 komen:
Dah layan kt utube.mmg guitar work sherman/denner ni best.mmg serasi dia bedua ni tak bole bepisah.tapi dana nak beli cd ni dah beli benda lain pulak.kena hold dulu..hehe
tak dengar lagi...nanti aku test kat spotify
Post a Comment