Kali ini album studio ketiga mereka Renegade yang merupakan rilisan tahun 2000. Dalam keghairahan nu-metal ketika itu, mereka masih cemerlang membawakan genre power metal. Ini menunjukkan muzik metal sebegini malar segar dari 80an (Manowar, Helloween, Blind Guardian) dan masih relevan sehingga kini.
Masih mengekalkan resepi power metal dengan lagu-lagu pembakar semangat seperti Renegade, The Way Of The Warrior, balad Always Will Be dan anthem Templars Of Steel. Katanya album ini pernah mendapat tempat pertama dalam carta muzik Sweden, pencapaian yang hebat untuk muzik metal.
Dengan adanya album ini, hanya tinggal album pertama *Glory To The Brave sahaja lagi untuk melengkapkan diskografi album studio HammerFall aku; Legacy Of Kings, Crimson Thunder, Chapter V: 3U, Threshold, No Sacrifice, No Victory, Infected, (r)Evolution, Build To Last. Juga memiliki dua album kompilasi Steel Meets Steel, Masterpieces.
*Sebenarnya sudah ada, tapi cuma versi AsiaLink.
Teringin nak dapatkan DVD Gates Of Dalhalla.
Aku suka solo-solo menyengat Stefan Elmgren dalam album ni. Aku harap suatu hari nanti Elmgren akan sertai semula HammerFall (full time, not seasonist) dan Pontus Norgren masih kekal. Jadi 3-amigos macam Iron Maiden, tak mustahil kan?
_____
AADI: Selamat tinggal Januari.
5 komen:
Hammerfall best.tapi aku banyak tetinggal kapal pasal band ni.lagi satu blind guardian pun bnyk tetinggal
Bab Power metal ni aku geli sikit, sebab aku rasa dia cheesy sangat. Sama ngan nu metal pun aku rasa cheesy jugak! I think Hammerfall should do a tour with Korn... mesti interesting! HAHAHAHHAHAHAHAHAHHA!
Tapi aku pulak suka grunge... Kat blog lain orang duk kata grunge ni depressing, menyeleweh, boring...
Cover album grunge memang boring jika dibandingkan dengan cover album power metal. Bilalah Pearl Jam nak bubuh naga kat cover album depa??? Mesti sempoi!!!
aku ada kaset jer Renegade ni...
kamon bert, kita geng hammerfall~
Post a Comment