Pernah memilikinya lima tahun lepas, tapi telah dijual tahun berikutnya kerana (ketika itu) aku membuat keputusan untuk memilih haluan multi-fx sepenuhnya. Sekarang lebih fleksibel kedua-dua multi-fx dan pedal stompbox akan digunakan mengikut keperluan.
Kali ini ia akan digunakan dengan setting "sweet spot" yang berbeza berbanding 4-5 tahun yang lepas, untuk membuktikan MT-2 bukanlah pedal distortion yang teruk seperti yang dilabel umum.
Entri Mini: Selamat... Thank You, 2013
Cerita pasal metal, hari ini pada lima tahun lepas - konsert Metallica Stadium Merdeka.
Aku rasa dalam masa 2-3 tahun ini kalau ada apa-apa konsert band kegemaran aku di Malaysia, peluang menontonnya terpaksa dilepaskan kerana komitmen menjaga anak-anak.
Setakat The Iron Maidens hujung tahun nanti tak ada masalah sebab dah tak ada Nita Strauss (kah kah kah).
_____
AADI: Mungkin akan cuba melepaskan LT Metal.
3 komen:
Saya jual MT2 dahulu kerana tidak faham akan knob Freq itu. Ia punca tone metal sengau saya. Jika saya tahu dan tidak usik knob itu tentu MT2 saya masih berkhidmat.Hehe
dalam beberapa hari ni di media sosial, tiba2 pedal MT2 ni menjadi hype dan trending, lebih2 lagi selepas ola englund upload video youtube pasal MT2
Oh patutlah. Ini biasa.
Post a Comment