T-shirt bersempena
ulang tahun ke-25 Blaze Bayley menyertai Iron Maiden (1994). Katanya bakal memainkan setlist lagu-lagu era Iron Maiden secara eksklusif pada lima tarikh yang tertera di belakang t-shirt ini.
|
Depan. |
Sebagai peminat kedua-dua Blaze Bayley dan Iron Maiden, aku mesti mendapatkan t-shirt ini yang katanya edisi terhad (cetakan tahun ini sahaja). Dipesan melalui website
Blaze Bayley pada 22/2/2019, dihantar pada 26/2/2019 dan diterima Selasa lepas 5/3/2019 hanya mengambil masa seminggu untuk sampai ke Bintulu.
|
Belakang. |
Imej yang diilhamkan daripada kedua-dua cover album
The X Factor (normal and alternate), imej Eddy digantikan dengan imej Blaze, agak parodi dan lucu. Memesan saiz gergasi XXL bertag Gildan. Untuk perbandingan, saiz XXL Eropah lebih kurang saiz 4XL Asia. Bakal digayakan jika ada gig atau persembahan awam kelak.
Kedua-dua album Iron Maiden bersama Blaze Bayley (
The X Factor dan
Virtual XI) antara album yang banyak nostalgia (diceritakan
di sini), sudah pasti bertaraf "soundtrack of my life".
Teringin untuk memainkan cover lagu-lagu Blaze Bayley, sama ada era Iron Maiden ataupun solo seperti
Man On The Edge,
Como Estais Amigos,
The Clansman,
10 Seconds,
The Man Who Would Not Die,
Smile Back At Death,
Watching The Night Sky dan
Comfortable In Darkness. Tapi Blaze Bayley nama yang agak asing dalam kalangan rakan-rakan...
_____
AADI: Up the Blaze! \m/
2 komen:
Lawa...
Perghh
Post a Comment