Daripada set ini tersimpan dalam stok (jual semula pun tak ada orang berminat), ada baiknya dipasang untuk kegunaan sendiri dan mengetahui sejauh mana hype pikap ini.
Juga dipasangkan dengan Seymour Duncan Liberator 500k terpakai (used) yang diperolehi dalam entri ini untuk *kesenangan kemudian hari.
Baru perasan yang pot Liberator ini bersaiz CTS walapun bentuknya seperti Alpha, maka lubang pot perlulah dibesarkan kepada saiz CTS iaitu 3/8".
Masih pikap lama (Evo/D-Act). |
*Sekiranya pikap ini tidak memuaskan hati, atau ingin memasang kembali pikap asal (Evo/D-Act) atau pikap lain (Plasma-X1 set?), tidak perlu bermain pateri lagi.
Kedua-dua pikap neck dan bridge memiliki DCR yang sama 16K, mungkin sebab itu bunyi pikap neck lebih kuat berbanding bridge terasa tidak seimbang jika dimainkan pada clean channel. Tapi untuk distortion, bunyi kedua-duanya seimbang, yang berbeza hanyalah ketepuan distortion.
Dalam kesempatan yang ada, Neon dibelanja dengan set tali baru GHS Boomers GB7M (10-60) dan ditala pada talaan Eb-standard. Tanpa tali ketujuh (7B, 60), saiznya sama sahaja seperti 10-46 biasa. Tali ketujuh mungkin akan didermakan kepada Azrul.
_____
AADI: Belum ada berita Sarawak Rock'n Mob 2019?
0 comments
Post a Comment