Hujung heksagonnya memang serasi dengan lubang pada drill Bosch GSR ProDrive, membuatkan kerja-kerja semakin mudah. Masking tape digunakan sebagai penanda supaya tidak terlajak
Masking tape juga digunakan semasa proses mengorek supaya kemasan tepi lubang pada permukaan Goldie tidak pecah/retak. Kerja-kerja membesarkan lubang tak sampai pun 5 minit, kalau guna kikir entah berapa lama masa yang diambil.
Hanya pot CTS All Parts sahaja yang digunakan kerana memiliki groove kasar yang sesuai untuk tombol asal Epiphone yang jenis tekan (push-in). Pot CTS DiMarzio EP1201 memiliki groove halus dengan diameter yang agak lebar. Mungkin sesuai untuk tombol jenis berskru.
Dipasang pot volume sahaja, bypass tone (wayar label biru), kerana aku cuma ada dua unit pot CTS All Parts dan dua unit CTS DiMarzio (yang mulanya dirancang untuk tone). Nanti kalau dah ada stok CTS All Parts baru, akan dipasang kemudian bersama-sama dua biji buah oren.
Juga bereksperimentasi menggunakan penebat heat shrink tube untuk projek kali ini. Nampaknya kena ada pemanas yang sesuai barulah ia mengecut dengan sempurna, aku menggunakan pengering rambut dan pemetik api, kah kah kah...
Bersambung...
_____
AADI: Dah lama Goldie tidak beraksi.
2 komen:
"pot CTS yang berdiameter 3/8" (~9.52 mm) berbanding pot Alpha yang digunakan sekarang 5/16" (~7.94 mm)."
"pot CTS All Parts sahaja yang digunakan kerana memiliki groove kasar yang sesuai untuk tombol asal Epiphone yang jenis tekan (push-in). Pot CTS DiMarzio EP1201 memiliki groove halus dengan diameter yang agak lebar."
Saya belajar 2 perincian ciri pot dari blog ijau disini. Kebiasaan saya guna drill bit 10mm dan selama ini saya tidak lihat ataupun mengira gigi tombol pot. Maka dengan ini secara terangnya saya telah pun dikantoi dan terkantoi. Hehe
info ukuran tu dapat daripada website stewmac
ya, memang ada rakan yang sarankan juga saja drill bit 10mm, tapi as a perfectionist (wannabe), berusaha juga mendapatkan drill bit saiz imperial 3/8" walaupun terpaksa memesannya dari china (melalui shopee), pasaran tempatan cuma ada saiz metric
info coarse/fine knurl juga dapat daripada website stewmac
Post a Comment