Diterima semalam, mengambil masa dua minggu untuk tiba menggunakan pos EMS (sub Poslaju). Tapi fizikal kotak yang diterima agak menyedihkan, mujurlah isi di dalam bukanlah benda mudah pecah.
Kandungan di dalam lebih kemas, strap digulung dalam plastik dan disertakan juga dengan sticker Richter Germany, sesuai untuk dilekat pada hardcase gitar.
Secara keseluruhan ia hampir sama seperti #1517MKH, dengan material utama ialah kulit (lembu) dengan logo oni "Ibaraki" Trivium tanpa sebarang initial. Perbezaan yang ketara hanyalah lebarnya iaitu 9 cm berbanding 6 cm pada MKH dan warna logo oni yang keemasan berbanding putih pada MKH.
Harganya pula mahal 11% berbanding MKH. Tapi tanpa dengan kedua-dua diskaun 15% dan pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25) tadi, sudah pasti harganya amat tidak berbaloi.
PG gold vs MKH white. |
Paolo himself liked this photo...
Secara teori, dengan permukaan 9 cm yang lebih lebar berbanding 6 cm pada MKH, ia lebih sesuai untuk menggalas gitar yang lebih berat. Kalaulah aku masih memiliki Francesco, memang sepadanlah kan kedua-duanya signature Paolo Gregoletto? Tapi dah jual, kah kah kah...
_____
AADI: Makin banyak strap, makin dilema.
2 komen:
minat trivium juga ye? hehehe
nak beli strap sig jeff loomis, tapi logo tak cantik :)
Post a Comment