Dah boleh padankan dengan strap #1512PG. |
Fretboard ebony agak kotor, kering dan kusam, dicuci dengan menggunakan produk Jim Dunlop. Fretboard ebony ni taklah sekilat fretboard rosewood selepas dicuci.
Hampir kesemua tombol-tombol yang ada agak keras, mungkin tidak pernah dipulas terutama tombol 2-band EQ. Dipulas-pulas supaya kembali lembut (hah, teknik apa ni?). Pernah juga terfikir untuk menukar pikap yang ada kepada set EMG 40P5 + EMG 40J.
Set tali lama buat masa ini masih boleh digunakan walaupun berusia 2-3 tahun. Tali direkondisi, bridge dicuci buang karat, action direndahkan, kemudian diintonasi dan ditala pada B-standard. Cukup masa aku akan gantikan dengan set tali baru, mungkin akan memilih jenis tapered B.
Ok selepas diservis mengikut spesifikasi peribadi, ia sudah sedia untuk beraksi. Cuba perlu sedikit masa untuk membiasakan diri dengan faktor-faktor seperti dimensi, berat, tona dan
_____
AADI: 4.9 kg wei!~
1 comment
Tajam Tajam..
Post a Comment