Mendapatkan satu lagi album Exist (belum lagi plural Exists) dalam usaha untuk melengkapkan diskografi mereka bervokaliskan Ezad. Album ketiga Diammu Gunung Berapi rilisan 1995 merupakan album pertama bersama-sama Ezad yang menggantikan Mamat. Diperolehi daripada Radin Music Centre beberapa minggu lepas.
Album yang katanya melonjakkan nama Exist sehingga ke seberang Selat Melaka. Dengan vokal Ezad yang lebih sesuai dengan genre yang lebih progresif dan alternatif berbanding dua album mereka sebelum ini yang lebih ke arah rock.
Tiga lagu hits dalam album ini yang selalu berkumandang di corong-corong radio ketika itu Diammu Gunung Berapi, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu. Tapi bila dah dengar album ini, lagu Pertama, Kembali, Anugerah II dan Dalam Kenangan pun tidak kurang hebat jiwanya.
Genre yang lebih cocok dengan gaya hidup remaja ketika itu (pertengahan 90an), zaman-zaman jiwang mengenal cinta monyet sekolah semasa tingkatan 4-5. Lebih-lebih lagi impak lagu Masih Terserlah Ayumu yang masih lagi menjadi lagu guilty pleasure aku sehingga kini.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, bila sudah berhobi gitar, mula terasa respek dengan kerja-kerja gitar yang ohsem dalam album-album Exist/Exists.
_____
AADI: Teater Mimpi? Hmmm...
2 komen:
Bukan zaman aku... Haha..
alasanmu tu memang padu lagunya..
Post a Comment