10 tahun yang lepas, hari ini.
Ungu D. Koceng? |
Dengan keadaan isu semasa, tiada mood untuk menyambutnya dengan *cemerlang, gemilang mahupun kebilangan terbilang.
Hanya awal pagi lagi Mrs. Ijau dah siapkan sarapan istimewa, rojak mee hibrid rojak Dalat + rojak Beaufort, seperti anak-anak kami hibrid Melanau + Brunei, Melanei/Brunau?
Sejak 14 tahun lepas, AADI juga sedikit sebanyak menjadi "kapsul masa" mengimbau perjalanan hidup zaman bujang, zaman bercinta, berumah tangga, sehinggalah kini tiga (lima sebenarnya) cahaya mata - Lil'Ijau, Ijau Jr. dan Arlo (nama timangan dalam penulisan blog).
Arlo? Merujuk kepada watak dalam filem The Good Dinosaur.
_____
Ada apa: *Melancong secara maya sahaja.
2 komen:
Happy anniversary...Semoga berkekalan hingga ke jannah...pejam celik pejam celik nanti sekejap jer dah 25 tahun macam aku..
happy anniversary boss. semoga bahagia till jannah
Post a Comment