Aku tahu kewujudan t-shirt ini bila Joe Wings Jo Branko sendiri share iklan Grousiey Printhouse di Facebook. T-shirt cetakan semula(?) bersempena *gig Joe Barbarik di Hilton Petaling Jaya pada 04/08/2019. Aku tak ada apa-apa info pasal gig ni, tapi boleh singgah blog Shafid Transformers United untuk jenguk gambar-gambar hari kejadian.
Memesan dua unit saiz gergasi iaitu 3XL dan 4XL untuk mengoptimumkan kos pengeposan, selain was-was dengan ukuran 3XL pada mulanya. Setiap unit t-shirt disertakan dengan beg Kedai Tengkorock, poster kecil dan plastik sticker cukai jalan.
Rekaan imej hadapan agak menarik dengan imej Jo Branko bersama Goldtop di"kartun"kan. Sebagai seorang peminat dan pemain gitar, aku agak kecewa dengan imej headstock yang cincai tidak jelas.
Imej belakang pula sepatutnya setlist konsert tersebut, tapi design flaw membuatkannya susah dibaca.
Mulanya dijanjikan dengan t-shirt berteg Gildan Premium, tetapi kehabisan stok untuk saiz-saiz gergasi atas kekangan PKP. Diberi opsyen menggunakan t-shirt in-house Kedai Tengkorock dengan diskaun RM10 tetapi masih tebal, masih berbaloi.
Ok, bolehlah digandingkan dengan Goldie aku bila ada sessi jamming atau gig yang menggunakan gitar ini kelak.
_____
AADI: *Joe Barbarik featuring PrimeD?
2 komen:
cantik!
sayang setlist kat belakang tak clear, patutnya tak payah background kertas renyuk
Post a Comment