Aku boleh dikira antara peminat minuman jenama Pokka (terutama teh hijau jasmin dan kopi). Tapi minuman teh herba Pokka ini rasanya kali pertama aku jumpa sebelum bulan puasa lepas (tengok latar belakang monitor bertarikh 26/03/2021). Adakah ia produk baharu?
Rasanya lebih kurang macam beberapa minuman teh herba hype lain dalam AADI contohnya Jia Duo Bao, Cheng Bou Leong, cuma ada sedikit rasa pahit dan kurang manis. Harga standard minuman teh hijau lain yang berisipadu 300-325 ml iaitu sekitar RM2.00-2.50 setin. Kalau aku jumpa lagi, memang aku beli.
_____
AADI: Selamat berbulan Julai.
0 comments
Post a Comment