Idea gila-gila daripada Methodman untuk menggabungkan rakan-rakan sekerja yang pandai bermain alat muzik untuk berkolaborasi main muzik suka-suka di studio Hepi;) yang sudah lama suram.
*Pandu uji Woodie dan Tigera. |
Perancangannya akan memainkan lagu-lagu cover yang lebih mainstream termasuk lagu-lagu tempatan (Iban) yang trending. Aku sekarang tak kisahpun apa genrenya, asalkan ia berpaksikan gitar (guitar oriented) aku sedia mencuba.
Harapnya kelolaan Methodman kali ini menjadi kerana ada 2-3 orang staff generasi baharu, kalau yang lama tu buang masa saja kalau ajak. Sebab aku pernah ajak mereka lebih 10 tahun lepas (ketika baru berjinak-jinak hobi bergitar), tapi tiada komitmen. Hanya aku dan Bob Kandar sahaja yang serasi dan bertahan sehingga kini.
*Kedua-dua gitar baharu dalam axology aku ini agak cemerlang dalam situasi jamming, maka buat masa ini tak perlu fikir untuk menukar elektronik terutamanya pikap.
Tunggu selepas isu semasa makin reda barulah boleh mengusung "big guns".
_____
AADI: Bekikis bulu betis?
2 komen:
aku ada kawan kepada kawan yang baru berpindah kerja di JB... dia memang kaki jamming masa di KL...ajak aku jamming dengan dia...dah tentu2lah aku tolak...bertahun dah tak pegang gitar...kalau pegang pun untuk lap habuk...kesian tengok dia gian nak jam tapi takder kaki...aku kenalkan kepada kawan aku yang ada band dan selalu jammimg...sayangnya dia tak masuk pulak...dia main lagu2 metal sahaja...sedangkan kawan aku main rock melayu...memang dia tak masuklah...moralnya...dah tua-tua dan untuk suka-suka lepas gian ni...bantai jer la lagu apa walaupun dangdut....haha..
kalau kat sini, metal dan rock melayu biasanya boleh masuk sekaki
Post a Comment