Ini kes tersilap beli ketika singgah di Pekan Balingian dalam perjalanan balik dari kampung Mrs. Ijau cuti CNY beberapa minggu lepas. Yakin yang aku ambil dari peti sejuk itu adalah teh hijau jasmin jenama Drinho, bila letak di kaunter ketika ingin membayar baru perasan ia jenama lain.
Buatan Yoke Food Industries Sdn. Bhd. Senai, Johor. Berharga sekitar RM1.80-2.00 untuk tin berisipadu 300 ml ini. Serius, warna dan grafiknya memang seakan-akan Drinho lama (gelombang air menitis) dan baharu (daun-daun teh), rasanya pun hampir-hampir sama. Adakah Day Day me"kejuruteraan-terbalik"kan (reversed engineered) teh hijau jasmin Drinho?
Setakat ini aku belum jumpa lagi di Bintulu.
_____
AADI: Selamat berbulan Februari.
0 comments
Post a Comment