Isnin (11/07/2022) - Dalam perjalanan dari Dalat ke Bintulu sebelum ini memang tak pernah singgah Pekan Balingian. *Kali ini dek panggilan alam membawa aku singgah di sini, dan dalam kesempatan yang ada juga ingin mengisi minyak kerana di Petronas dan Shell Mukah tadi kenderaan beratur panjang atas faktor musim perayaan.
Tiada gambar menarik yang sempat aku snap selain dua gambar di atas dan bawah, gambar dalam dashcam 70Mai pun lupa aku nak cilok. Kalau ada nanti aku tambah di sini.
Singgah pun untuk ke tandas, isi minyak di stesen minyak mini "Petronas" (sebab guna pam berlabel Primax) dan membeli bekalan minuman untuk meneruskan perjalanan ke Bintulu.
Seperti bandar dan pekan lain di Sarawak yang menghadap sungai, Balingian juga memiliki waterfront. Rumah kedainya yang klasik sama seperti pekan koboi lain di Sarawak, cantik dan bersih namun tidaklah seklasik rumah kedai di Sungai Kut dalam entri AADI hampir 10 tahun lepas.
Aku ada jumpa video ini di YouTube sedikit sebanyak tempat yang sama aku singgah di Pekan Balingian. Bertambah jugalah rekod "sudah sampai sini" atau "nyacap batis" untuk diri sendiri dan Silvia aku.
_____
AADI: *Balik cuti ber-aidiladha di Dalat.
2 komen:
Menarik...
aku suka la kalau jalan singgah pekan2 kecil macam ni...
kalau kat Semenanjung main bantai highway jer..bosan...tapi tu la kadang2 pasal kita nak cepat...kecualilah kalau cuti panjang dan banyak masa untuk travel rilek2 masuk jalan lama..
betul, tapi biasalah bila kita mengejar masa... peruntukan masa berhenti pun hanya untuk R&R sahaja
Post a Comment