Seperti entri diari bulan lepas, penghujung Mei dan awal Jun juga menyaksikan graf berat badan aku masih berlegar-legar pada nilai yang lebih kurang sama walaupun sessi latihan masih konsisten. Teori berat lemak yang hilang telah diganti dengan berat otot yang membesar disahkan oleh kelonggaran semua seluar aku.
Selepas menyertai PS Boxing hampir setengah tahun, aku menyaksikan ramai pengunjung gym jenis walk-in yang datang dan pergi hanya selepas 1-2 sessi. Ya, rejim latihan tinju memang mencabar, sessi conditioning sahaja lebih memenatkan berbanding sessi latihan asas, menumbuk beg/pad dan shadow boxing.
Kalau psikologi tak kuat memang akan awal mengalah. Selain ahli tetap (fighters/boxers), hanya beberapa muka sahaja yang masih bertahan termasuklah "uncle" ini.
Juga sudah berani masuk sessi sparring pada setiap malam Rabu (fight night). Mula-mula tu memang selalu "nampak bintang" jugalah bila kepala selalu ditumbuk. Lama-lama alah biasa tegal biasa, selalunya kehabisan stamina lebih dikhuatiri berbanding sakit-sakit akibat ditumbuk.
Bila team budak-budak PS Muay Thai turut serta
sessi sparring, meriahnya lain macam.
Dengan 2-3 sessi seminggu, badan terasa lebih sihat, kaki pun sudah terasa kuat terutama bahagian lutut yang bermasalah, walaupun pergerakan tidak akan selincah zaman rajin berfutsal dulu (penghujung 2000an). Kini sudah lebih yakin bersenam tanpa perlu memakai pendakap lutut (knee braces) lagi.
_____
AADI: Dah jadi nickname gym "uncle" tu.
2 komen:
terbaik!
Mohon Registered Anon kat atas dari Metal Sayur menggunakan nick yang lebih best sikit dari Registered Anon
P/S; Maaf tuan rumah. Hahahah
Post a Comment