Adanya watak Batmen (Keaton, Batfleck) merupakan faktor utama untuk aku menonton filem ini. Kalau ia adalah filem standalone The Flash, Supergirl atau watak DC/DCEU lain memang aku tak berminat. Sampaikan aku selamba jawab tengok filem "Batman" kepada patron kaunter popcorn sebelum mendapat memorabilia di bawah ni.
Sedikit kelainan kali ini kerana memilih GSC Bintulu untuk tayangan dewan besar BIG Dolby Atmos pada waktu yang sesuai (7.10 malam) Jumaat lepas, selain harga tiket yang lebih murah. Di TGV Bintulu hanya ada tayangan dewan besar (Infinity) pada lewat malam.
Aku tahu, geek dan gen-X seperti aku pasti akan bias kepada Batman Keaton, yang ditampilkan sebagai lebih berumur, matang, berpengalaman, yakin dan masih elegen seperti dua filem Tim Burton terdahulu, siap dengan muzik runut ikoniknya. Dua filem itulah yang membuatkan aku meminati watak Batman selain Batman: The Animated Series dan game Batman (NES).
Sekadar hiasan. |
Kesinambungan filem Justice League, bijak bagi DC untuk menggunakan satu timeline sahaja seperti anekdot filem Back To The Future (Eric Stoltz?) sebagai latar belakang filem ini termasuklah paradoks pengembaraan masa. Tidak seperti Avengers: Endgame yang memilih timeline bercabang-cabang tanpa sebarang paradoks.
Banyak cameo yang bisa membuatkan sama ada tersengih atau ketawa terbahak-bahak. Jalan cerita yang agak bagus (tanpa perlu fikir isu semasa Ezra Miller) juga ada babak yang emosional. Tapi CGI ketika dalam speed force memang dipertikaikan agak teruk, seteruk babak The Scorpion King dalam filem The Mummy Returns. Selebihnya tak perlulah diceritakan, nanti terbuka pula segala spoilers.
_____
AADI: Keaton sesuai untuk jadi Bruce Wayne lagi kalau ada filem Batman Beyond.
1 comment
Setuju - lebih tertarik kepada kewujudan Batman dalam cerita ini.
Post a Comment