Seminggu tanpa entri dek kesibukan balik kampung menziarahi ibuku yang kurang sihat. Memang tak tersentuh pun laptop yang dibawa, hanya dimonopoli oleh anak-anak. Entri ini pun patutnya untuk rilisan minggu lepas.
Aku lupa bila aku beli minuman cendol Sarawak ini, harganya sekitar RM3.00+ dibeli di Shell Select, siap ada peti sejuk sendiri berisi minuman ini sahaja. Juga tiada info pada minuman selain label seperti gambar di atas yang hanya ada nombor telefon sahaja.
Tapi rasanya memang kaw, pekat, manis dan cendolnya pun cukup kenyal-lembut tidak seperti cendol "water colour" yang biasa digunakan dalam minuman cendol, ais kacang, ABC tempatan. Tapi aku rasa, ia lebih sesuai jika ditambah ais atau disejukkan ABC.
_____
AADI: Terasa nak beli lagi petang ni.
0 comments
Post a Comment