Bulan pertama PS Boxing beroperasi di gym baharu Sapphire Fitness Gym 69 & Combat Sports Gym. Lokasi yang lebih dekat dan strategik, premis pula lebih luas untuk menampung kedua-dua kelab PS Boxing dan PS Muay Thai.
"Uncle" cuba untuk low-profile di belakang mengelak lensa kamera.
Kebanyakkan peralatan yang dibawa dari gym lama seperti punching bag masih belum dipasang, gelanggang tinju bersaiz standard yang dipesan dari China pun masih belum sampai. Terasa janggal bila sessi pertama memakai kasut kerana lantai gym masih belum berlapik.
PS Boxing juga ada menganjurkan kelas percubaan percuma pada sessi Rabu 11/10/2023 yang lepas untuk menarik minat ahli-ahli baharu yang berpotensi. Tapi ketika itu "uncle" tiada kerana cuti seminggu balik Membakut menziarahi ibu yang kurang sihat di kampung.
*Agak seronok setiap kali ada muka-muka baharu turut serta sessi, mengingatkan aku seperti ketika aku mula-mula menyertai. Dan berteka-teki berapa lama agaknya mereka mampu bertahan dengan rejim latihan tinju yang ekstensif.
Juga berjaya membuktikan kepada Mrs. Ijau yang aku bertinju untuk kesihatan. Setelah membuat pemeriksaan kesihatan penghujung bulan lepas, banyak parameter kesihatan kembali ke paras normal terutamanya paras gula dalam darah berbanding tahun lepas pada paras prediabetes. Sasaran untuk lebih sihat, turun berat badan itu bonus.
_____
AADI: *"Uncle" masih memegang rekod paling tua veteran setakat ini.
0 comments
Post a Comment