Terpanggil untuk mendengar semula lagu-lagu Lefthanded yang aku ada selepas menonton temuramah Youtube Kerusi Dj Nazz bersama Datuk Nash beberapa hari lepas.
Aku cuma ada satu album studio Fanatisme dan dua kompilasi Lefthanded. Bila korek entri-entri lama, memang aku tak pernah buatkan entri pasal dua album kompilasi tersebut. Kedua-duanya sudahpun berusia 20 (Reunion - 2003) dan 31 (Seleksi Lagenda - 1992) tahun masing-masing.
Kaset Reunion dibeli di Kompleks Bukit Jambul, mungkin sekali dengan kaset St. Anger penghujung 2003. Manakala CD Seleksi Lagenda di Midvalley Megamall pada 31/5/2005 (tarikh dalam inlay) selepas balik majlis perkahwinan Joad Takilala di Kajang.
Lagu-lagu Lefthanded berbeza berbanding kumpulan rock lain pada ketika itu. Liriknya lebih berkonsep ketuhanan dan keinsanan walaupun muziknya yang agak berat.
Selepas mendengar kembali lagu-lagu dalam kompilasi tersebut, mengingatkan aku pada dua musim. Pertama, musim lagu-lagu itu hits di radio sekitar 80an, zaman kanak-kanak riang. Kedua, memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang (2005-2006) peneman layan perasaan bersendirian ketika itu.
_____
AADI: Tapau karaoke lima lagu Lefthanded berturut-turut.
0 comments
Post a Comment