Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) kembali lagi tahun ini setelah empat tahun menghilang akibat pandemik, kali terakhir BIKF 2019.
Tak banyak gambar yang menarik, inipun gambar-gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke GSC Bintulu untuk menonton filem The Creator minggu lepas.
Disebabkan peristiwa tragik minggu lepas, hanya sempat membawa anak-anak di area gerai-gerai jualan petang Sabtu sebagai cukup syarat.
Anak autistik aku memang takut gila dengan patung pneumatik gorila besar dan mereka-mereka yang memakai kostum haiwan di tengah-tengah tapak pesta.
_____
AADI: Lama tak main layang-layang.
1 comment
Lama betul aku dah tak pergi Festival Layang Layang Antarabangsa Pasir Gudang...sejak anak2 dah besar... memang tak pergi dah benda2 macam ni...
Post a Comment