Entri rutin tiap kali pertengahan Mac, tiada entri bragging rights tahun ini, tiada peningkatan perbatuan kegitaran untuk 2023. Tiada gig atau persembahan awam yang disertai, keinginan untuk membuat persembahan atas pentas gig atau persembahan awam pun sudah agak cair. Mungkin faktor masa dan usia.
Gambar zaman bujang. |
Adapun hanya menyertai jamming healing-healing bersama rakan-rakan di Luk Lalai Studio yang lebih kepada memainkan lagu-lagu cover rock jiwang. Tapi setakat entri ini ditaip, untuk 2024 hanya pernah jamming sekali sahaja pada awal Januari lepas (tiada entri). Line-up MUP pun entah ke mana dah...
[Nota: perenggan ini ditaip pada penghujung bulan Februari] GAS? Malas nak sasarkan apa-apa tahun ini, tapi kalau Epiphone Dave Grohl DG-335 ada masuk pasaran Malaysia dan harganya tidak semahal Epiphone Dave Mustaine Flying V, pasti akan masuk dalam senarai intai.
Terkini, harga runcit pre-order DG-335 telah didedahkan oleh Music Bliss (pengedar rasmi Epiphone Malaysia). Ya, memang murah daripada Mustaine V, tapi masih melebihi paras RM5k.
Bagi aku menarik picu untuk sebuah lagi gitar melebihi RM5k rasanya agak keterlaluan, apatah lagi untuk sebuah Epiphone. Entahlah, ada baiknya aku teruskan 2020 purge, lepaskan 2-3 lagi gitar dalam axology yang "tidak digunakan" mungkin dapat GLTL...
_____
AADI: There goes my hero.
0 comments
Post a Comment