Bulan April bulan paling sedikit aku mengikuti sessi tinju di PS Boxing, hanya sekali. Faktor masa terhad pada bulan Ramadhan, ditambah pula cuti raya dan akhirnya sakit semasa dan selepas raya.
Sepanjang minggu raya aku demam flu, suara pun hilang akibat laryngitis. Balik Bintulu minggu seterusnya pun masih demam akibat laryngitis tadi. Sehingga minggu ini pun suara aku masih belum 100% pulih, masih serak-serak dan susah kawal pitch. Nasib baiklah tiada berkaraoke, jamming atau gig yang memerlukan aku jadi vokalis.
Harapnya bulan Mei dapat kembali aktif bertinju. Badan mula menunjukkan tanda-tanda perlu bersukan semula.
_____
AADI: Kena jumpa pakar ENT pula.
0 comments
Post a Comment