Projek menggodek Swede (Hagstrom Ultra Swede) yang dipasangkan dengan Julianbucker yang tiada gitar perumah semenjak dikeluarkan daripada abang long Goldie. Pikap ini perlu digunakan sendiri, jika didagangkan semula ia hanya bernilai pada mereka yang menghargai kerja tangan Julian Mokhtar.
Dipadankan dengan pikap neck Epiphone Alnico Classic untuk penampilan lebih eksotik yang sepadan dengan tema chrome bridge dan tombol-tombol yang ada.
Menghadapi sedikit masalah ketika memasang pikap-pikap ini kerana ruang kaviti pikap agak kecil berbanding ruang standard humbucker, sedikit modifikasi perlu dibuat.
Suis mini-toggle DPDT digunakan untuk mengakses opsyen coil-split Julianbucker. Untuk Alnico Classic tiada opsyen ini. Wayar-wayar diikat dengan cable tie supaya nampak kemas sebagai meneruskan legasi YusTech.
Seperti yang pernah aku ulas sebelum ini, responsif Julianbucker ini lebih kurang pikap high output benchmark yang pernah aku guna (JB, Super Distortion, Tone Zone) manakala Alnico Classic pula katanya berasaskan 57 Classic. Kombo playsafe untuk gitar humbucker berkembar ala Les Paul.
Dipasangkan dengan set tali gitar Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) dan ditala pada C-standard. Tali bersaiz besar begini perlu digunakan segera, lebih-lebih lagi jika ia berjenama Ernie Ball yang terkenal dengan keunikan berkarat sebelum paket dibuka jika disimpan lama.
Swede ini pun pada mulanya ingin didagangkan semula kerana dibeli secara joy-buy (ketika itu). Tapi bila kerap menjadi gitar harian di rumah, terasa seronok pula dimainkan kerana saiznya yang kecil.
_____
AADI: Ada dua set lagi tali bersaiz besar (12-60, 10-60) dalam stok.
0 comments
Post a Comment