Sarung tangan tinju (gloves) Decathlon BG500 yang sebelum ini hanya koyak di bahagian tapak tangan (palm) kini mula menunjukkan koyak di sebelah dalam pula. Gloves aku paling lama bertahan setakat ini sejak 2023, berbaloilah dengan harganya.
Shinobi Senshi pula ada kerosakkan yang agak pelik di bahagian hujung jari yang langsung tiada kontak ketika padding atau menumbuk heavy bag, bahagian yang selalu kontak pula masih mulus. Apa agaknya yang menyebabkan kerosakkan sebegini?
Everlast Elite 2 juga ada kerosakkan pelik, tetas jahitan pada bahagian tali yang mengikat bahagian ibu jari (thumb) ke bahagian utama. Mungkin aku akan potong bahagian tali ini.
Tapi koyak/rosak sebegini tidaklah kritikal dan kesemuanya masih boleh digunakan, biasalah wear and tear. Tapi jika BG500 sudah tidak dapat digunakan, akan gantikan dengan model terbaharu Decathlon bawah sub-brand Domyos.
_____
AADI: Masa untuk guna Spark Camo?







0 comments
Post a Comment