Pancingan terkini dari Sports Direct Malaysia, Bintang Megamall Miri selepas diintai seminggu sebelumnya. Kebetulan ketika memancing ada jualan early markdown price yang mengikut harga pada website mereka berdiskaun 50-70% (label merah).
Pancingan utama ialah sarung tangan tinju (gloves) Everlast Spark Camo, antara gloves yang pernah aku sasarkan sebelum menarik picu untuk Elite 2 tahun lepas. Dengan diskaun tadi, harganya kini hanya dua digit berbanding harga pasaran asal tiga digit.
Terus memilih saiz (berat) 16 oz dengan padding yang lebih tebal tapi cukup lembut untuk dibawa sparring. Perbezaan 16 oz berbanding 14 oz pada Elite 2 (gambar bawah), beza hanya pada ketebalan padding, ruang dalaman masih sama.
Spark ini buatan India berbanding Elite 2 buatan China. Keselesaannya hampir sama, kelemahan pun sama seperti Elite 2 iaitu agak cincai pada bahagian telapak tangan (palm). Tidak dapat menandingi keselesaan dan "kesedapan" memakai Senshi.
Setakat ini ia belum lagi dibawa untuk sessi latihan atau sparring, dengan kata lain disimpan dalam stok sehingga Elite 2 atau BG500 menunjukkan tanda-tanda wear and tear. Gloves keenam aku selepas Senshi, Elite 2, BG500, *BG120 dan Everlast *basic (*sudah direhatkan).
Selain itu, juga ada TERpancing beberapa lagi produk Everlast yang berlabel merah - seluar tracksuit joggers yang kebetulan ada saiz gergasi 3XL dan kasut bola keranjang yang juga sesuai dijadikan kasut latihan tinju.
Lain cerita pasal perlawanan Aman Koboi versus Kksam malam tadi, tidak seperti perlawanan versus Weerian yang ditonton live bersama-sama ahli PS Boxing, kali ini hanya ditonton snippets, shorts yang ada di Facebook dan YouTube.
Aman Koboi sedikit serius kali ini berbanding ketika melawan Weerian, walaupun attitude masih ada untuk mengganggu psikologi lawan.
Walaupun sudah tidak menjadi coach PS Boxing (yang kini diganti oleh coach Dee) kerana fokus sukan Muaythai, sekali-sekala ada juga coach Aman turun gym ketika sessi tinju. Ketahanan (toughness) antara trademark rejim latihan ketika era coach Aman.
_____
AADI: Tak jadi cuba gloves Adidas ke?









0 comments
Post a Comment