
Aku dah lupa bila aku dapat terima sampul pos ekspress berisi booklet ni, rasanya awal bulan Julai kot?
Hairan juga sebab sampul ni diterima dari *Inspirasi Management, bunyinya macam nama kompeni jual insurans je, ni mesti prospektus insurans ni. Aku dah menyampah dengan kompeni insurans (sub-kontrak) yang guna telemarketing untuk cari pelanggan, menyibuk satu hal, bila orang taknak beli insurans, boleh pula dia tanya kenapa taknak beli?
Bila dah buka, aiseh rupa-rupanya berisi booklet Wings - Pengembaraan Satu Lagenda. Booklet ni sebenarnya dihadiahkan oleh saudara Muspeed (Musyrif Speedrider) sebagai hadiah Projek Mega 2011 aku tempoh hari, disebabkan tarikh projek mega kami hampir dekat (beza seminggu kot?) kami dah berpakat bertukar-tukar hadiah (amboi).

Rasanya tak payahlah aku buat ulasan lebih lanjut pasal booklet ni, sebab isi kandungannya sama seperti yang terdapat dalam Wings Official Website Sayap2Wings dengan banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, cerita pasal kumpulan Wings - sejarah penubuhan, ahli kumpulan, discography yang juga diselitkan dengan gambar berwarna-warni kumpulan Wings.
[Edited @ 25/8/2011 5.20 am] Cerita lebih lanjut dan gambar-gambar tambahan boleh lawati blog Bila Awan Bertukar Hitam.

Mana Syakila?

Bab gambar-gambar lama ni yang best...

Kebanyakkan gambar-gambar ni aku pernah tengok suatu ketika dulu dalam majalah Media Hiburan keluaran penghujung 80an atau awal 90an. Abang aku dulu rajin beli malajah ni, jadi aku tumpang baca. Dan gambar-gambar zaman Bazooka Penaka aku rasa antara gambar yang paling gampang hampeh dalam koleksi ni hahaha!
Okela, terima kasih sekali lagi pada saudara Muspeed... Hang dah ada "rezeki", aku belum ada lagi~
_____
Ada apa: *Nampaknya aku bukanlah peminat tr00 Wings, sebab kompeni ni pun aku tak tau, hehehe...
5 komen:
rekemended tak utk bli?keh3
booklet? ada cerita pasal band ke just gambar?
nizam:
klu peminat tegar wings, recommended, klu xtegar xpyhla, info2 yg sama ada dlm sayap2wings.com, cuma kelebihan dlm booklet ni byk gmbr2 lama
dr. ben:
cerita pasal band - sejarah, ahli, discography, pencapaian... lebih kurg mcm yg tercatat dlm sayap2wings.com, ayatnya pun sama
terkenang semasa dulu...
dulu aku pun dapat hadiah ni jugak..
kontest posting paling banyak replies kat blog si speed tu kalo tak silap aku haha
Post a Comment