Dalam kehangatan hype rilisan Grand Theft Auto VI yang menggegarkan dunia gaming, baru teringat yang aku ada disc Grand Theft Auto V kombo bersama-sama perolehan PS4 Pro terpakai dan beberapa lagi tajuk lain awal 2024 lepas.
Serius, aku tak pernah main apa-apa game daripada siri Grand Theft Auto ni walaupun pada zaman PC game. Pernahlah tengok rakan-rakan main GTA ni era Vice City/San Andreas awal 2000an dulu, dan merasakan ini bukanlah genre yang sesuai untuk aku.
Versi yang aku ada ni ialah Premium Edition (enhanced re-release) untuk PS4 rilisan 2015(?), GTA5 rilisan asal 2013 adalah untuk PS3.
Tapi entahlah, bila akan ada masa dan mood untuk memainkan game ini mahupun game PS4/PC lain dalam katalog. Bak kata kawan lama aku "...dulu masa milik sorang-sorang, sekarang masa dikongsi ramai-ramai".
Lain cerita, satu lagi cerita hype dunia gaming, katanya pihak Sony tidak lagi mengeluarkan game dalam format fizikal (disc) mulai 2028, semuanya adalah secara digital (download) sepenuhnya. Tindakan ini menimbulkan pelbagai reaksi golongan gamers, kebanyakkannya negatif, dan tak kurang pula kompeni lain yang menjadikannya memes berselerakan dalam algorithm media sosial aku.
Tapi kebanyakkan game format fizikal sekarang ni pun lepas install pasti akan suruh kita update patch terkini sebelum boleh main, berpuluh-puluh gigabytes juga saiznya. Nasib baiklah internet rumah aku sekarang ni laju (up to 500 Mbps), tak macam musim PKP dulu hanya harapkan kelajuan 3G sekitar 2-5 Mbps sahaja.
Kalau format digital pula, hanya tergerak untuk masuk bakul (istilah "beli" dah tak sesuai) kalau ada promosi 70% ke atas.
_____
AADI: Misi mengumpul disc game PS4 kegemaran.







0 comments
Post a Comment