Memasang set pikap DiMarzio PAF Pro/Super 3 pada GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Tofu) untuk menggantikan set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini yang dikeluarkan untuk dipasang pada Tyrant.
Dipasang secara humbucker penuh tanpa perlu opsyen split yang memerlukan perubahan potentiometer. Harapnya set DiMarzio kegemaran ini serasi dan kekal pada gitar ini dan tidak lagi tergatal tangan untuk menukarnya.
Tali yang diguna Roto Yellows R10 (10-46) masih bagus, dibiarkan seadanya tetapi ditala semua kepada Eb-standard berbanding D-standard sebelum ini. Lebih banyak lagu dapat dimainkan pada Eb-standard, jika ingin naik E-standard (atau turun kembali D), mungkin akan gunakan fungsi pitchshift pada multi-effects sahaja.
_____
AADI: Dirancang untuk diguna semasa Rock & Mob.






0 comments
Post a Comment