Sepetang Bersama Dead Eye Guitars


Jumaat (14/9/2012) - Sessi melepak bersama Calvin Chuah aka tauke Dead Eye Guitars (DEG) di lobi Shah's Village Hotel berlarutan hampir dua jam setengah. Selain membincangkan hal-hal duniawi, kami juga membincangkan masa depan beberapa buah gitar, dua daripadanya dikategorikan sebagai B-stock.

Berikut antara gitar yang dibawa dan dibincangkan sambil melepak:

1) Ibanez "Dark Stone" DN520K SSB (silver stream burts) - B-stock.

Sila abaikan model yang memegang gitar tu, hehehe...
Gitar yang sama dalam entri ni, seperti namanya "Dark Stone" ia merupakan gitar yang berat, tegap dan mantap, lebih berat berbanding Les Paul aku (Goldie). Neck yang tebal, lebih tebal jika dibandingkan dengan neck Les Paul dan mungkin setebal neck gitar akustik.

Kemasan silver stream burst (SSB) yang mengiurkan. Tapi sayangnya model DN520K ni telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued), yang masih ada cuma model DN500 dan DN300 berwarna hitam yang membosankan.

2) Ibanez ART200FM VLS (violin sunburst).

Oke, yang ni bukan B-stock tapi gitar baru, gitar yang sama dalam entri ni. Ia merupakan batch dari 2011 limited edition dan bukannya batch dari 2012 production model. Walau bagaimanapun harganya tetap sama seperti 2011 production model.

Violin sunburst flamed maple, kemasan yang agak eksotik dan menarik pada harga yang ekonomi, harganya boleh dikirakan dalam julat harga Gio series! Singlecut yang agak nipis dan ringan, lebih kurang macam LTD EC series (Eclipse). Antara gitar yang aku pernah terGAS untuk memilikinya.

3) Epiphone Les Paul Standard Plus Top (trans-amber) - B-stock.

Epiphone buatan Indonesia, agak sedikit berbeza berbanding Epiphone buatan China (macam Goldie aku) dari segi cantuman kayu untuk neck, 3-piece mahogany? Neck pun agak nipis berbanding Goldie aku.

Sekali imbas kemasan flamed maple trans-amber pada Les Paul ni lebih kurang macam kemasan flamed maple lemon drop pada LTD EC-256FM. Sekarang aku agak GAS dengan singlecut yang memiliki kemasan flamed maple. Kalau gelap sikit, mungkin ia iras-iras Les Paul Appetite Slash.

* * * * *

Btw, apa itu B-stock? Gitar baru yang memiliki sedikit kerosakan pada kemasan - contohnya cat merekah atau terkopek (paint chipped) - yang dipulangkan semula kepada DEG oleh pembeli yang tak puas hati. Mungkin kerosakan tersebut terjadi semasa penghantaran atau kesilapan pembeli itu sendiri (tapi tak nak mengaku) - well, shit happens.

Walau bagaimanapun ia tidak mempunyai masalah lain (not affecting playability) dan dilelong pada harga yang boleh membuatkan anda tersenyum. Kalau bukan disebabkan aku dah ada "komitmen" lain, memang aku dah kebas DN520K tu!~

Entri Mini: Selamat Pengantin Baru Gapnap!


Dalam kesempatan ini, blog AADI ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada tauke Music Master Studio (and fellow LYN forumer) Mr. Clement Cheng aka Gapnap. Lepas ni boleh dapat tuntut angpao bila CNY :) hahaha!

Image linked from gapnap.com (vulcan.x entry).
_____
Ada apa: Giliran DEG bila lagi?

Sepetang Di Melaka Mall


Selasa (11/9/2012) - Hari kedua aku berkursus di Melaka, baru ada peluang nak keluar jalan-jalan dengan rakan karibku Mr. Isabella (bukan nama sebenar, Mr. ye~ bukan Miss/Mrs.).

Aku menginap di King's Hotel Ayer Keroh, jadi hanya Melaka Mall sajalah tempat menarik yang paling dekat selain Jusco dan McD Drive-Thru (info daripada Portdy). Nak pergi melancong tempat-tempat bersejarah dah agak lewat dah ni, lagipun aku tak ada mood nak pergi jauh-jauh. Tujuan aku pergi Melaka Mall ni pun semata-mata nak ke Parkson belikan baju Lil'Ijau dan tengok wayang.


Aku dan Isabella ni memang kaki wayang. Waktu dia bekerja di Bintulu dulu, dialah geng aku menonton wayang. Semenjak dia dah berpindah ke Melaka tahun lepas dan disebabkan pawagam di Bintulu yang daif hampeh (filem-filem baru lewat 3-4 minggu), aku dah kurang minat nak menonton wayang di Bintulu.


Di Melaka Mall ni ada pawagam MBO, jadi sempatlah menjenguk filem-filem yang bakal ditonton, Aku dah plan ajak Isabella tengok filem Resident Evil: Retribution yang bakal ditayangkan pada 13/9/2012 nanti (lusa). Tak ada filem yang best nak ditonton malam ni sebab aku dan Isabella ni kaki wayang filem bergenre aksi dan sains fiksyen sahaja, lain-lain genre kami tak layan.


Satu lagi kegeraman Isabella (yang hampir sama dengan aku) ialah main game arcade. Kes tak jadi tengok wayang kami layan main game arcade di premis bersebelahan dengan MBO.


Malam masih muda, jadi lepas balik dari Melaka Mall kami singgah di restoran mamak Infasha Maju, yang tak berapa jauh dari King's Hotel. Kebetulan waktu ni ramai pengunjung datang ke restoran ni untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Vietnam.


Di restoran ni ada menjual variasi roti India, jadi aku memesan antara makanan kegemaranku iaitu roti nan keju (cheese nan). Di Bintulu memang susah nak cari roti nan, setakat ni aku cuma jumpa dua buah restoran sahaja yang ada menyediakan juadah eksotik ni.


Makan roti nan tanpa tandoori ayam memang tak sah. Hah!~ Apa lagi? "Feeding frenzy mode activated" lah jawabnya hahaha :) Daripada 10 bintang, aku bagi 8.5 untuk kedua-dua nan keju dan tandoori ayam ni, not bad!

_____
Ada apa: Semenjak tahun lepas, aku dah malas nak buat entri pasal 9/11.

Sepetang Di Amcorp Mall (Part 4)


Balik dari Suria KLCC aku singgah sekejap di Amcorp Mall sebelum balik ke hotel. Tak lengkap kalau aku tak singgah Amcorp Mall setiap kali berada di PJ.

Antara tujuan utama aku ke Amcorp Mall ni ialah untuk singgah ke premis Reissue Magazine di tingkat bawah tanah (basement) tapi sayangnya premis tu dah tutup awal.

Kemudian singgah ke premis Victoria Music Centre (seperti biasa). Victoria Music ni lah tempat aku selalu mencari CD/DVD yang memang susah nak dapat di premis-premis menjual CD/DVD yang lain.

Target aku kali ni nak mencari audio CD Nightwish album terbaru Imaginaerum, tapi malangnya ia dah sold-out menurut kata patron yang bertugas (sold-out ke atau tak ada?).

Look what I've found? Iron Maiden En Vivo! imported 2-disc DVD. Versi biasa (kiri) berharga RM51.90 manakala versi limited edition tin box berharga RM100.90! Aku tak beli pun, sebab aku baru saja menang bid DVD ni versi biasa di eBay minggu lepas dengan harga RM40+ (new & sealed).

Juga terjumpa En Vivo! versi audio CD dengan harga RM52.90 dan Wings Biru Mata Hitamku berharga RM19.90 (mahal ke Portdy?).

Belek punya belek, tak beli pun apa-apa CD atau DVD... Tapi terbeli pula dua helai t-shirt (bootleg) ni di premis yang sama - Dream Theater 20th Anniversary (XL) dan Iron Maiden Paschendale (M-size, untuk si Korawk yang manjang suruh aku carikan t-shirt Iron Maiden murah) dengan harga RM50 untuk kedua-duanya. Banyak juga t-shirt yang best-best, tapi faktor diskriminasi saiz membantutkan pembelian.

_____
Ada apa: Tengoklah nanti lepas balik dari Melaka singgah lagi...

Sepetang Di Suria KLCC


Ahad (9/9/2012) - Tiba di Shah's Village Hotel sekitar 1.30 petang, antara hotel yang paling dekat dengan Ibu Pejabat dan supaya senang aku nak menapak ke sana berkumpul dan menaiki bas untuk berkursus di Melaka keesokan harinya...

Here, and back again... Kali terakhir aku menginap di sini pada bulan April tahun lepas. Dah lebih setahun lebih juga aku tak turun KL dan PJ. Dan kali ni merupakan kali pertama aku berkursus setelah berstatus ayah (versi 3.0), satu pengalaman yang agak berbeza bila berjauhan dengan anak dan isteri.

Dah rancang nak tengok filem The Expendables 2 (review Muspeed) pada sebelah petang, aku tak tengok lagi filem ni sebab pawagam di bintulu memang hampeh filem-filemnya tak "up-to-date". Mula-mula nak tengok di GSC Midvalley Megamal, tapi bertukar fikiran pula ke TGV Suria KLCC sebab lagi senang naik LRT dari stesen Taman Jaya terus ke KLCC.

This scene bring back some memories... Akupun dah lupa bila kali terakhir aku ke KLCC, mungkin 2006 kot? Selalunya kalau aku berkursus di PJ aku malas nak turun Suria KLCC, tak ada apa yang menarik, lagi bagus aku turun Bukit Bintang, boleh juga melawat CK Music, JS Music, dll...

Same old Suria KLCC, dulu awal millennium (circa 2001-2003) aku memang rajin turun KLCC, antara tempat selalu dating... Er, lain cerita. Suasananya masih sama, masih lagi pesat dikunjungi baik warga tempatan mahupun pelancong (mostly Arabs and Middle-Easterners).

Sebab dah lama tak pergi ke Suria KLCC ni, aku tak ingat di mana lokasi TGV, terpaksa merujuk pelan lantai. Filem terakhir aku tonton di sini ialah filem The Scorpion King (2002).

What can I say about this film? 80's/90's action film cliché with latest Hollywood effects, period! Tapi watak "Lone-Wolf" Booker (Chuck Norris) merupakan watak paling hebat, cool dan macho dalam filem ni, sebab kalau ikutkan body-count, Booker paling banyak tembak musuh (+1 tank) dan dia tak perlu mengelak atau bersembunyi dari sebarang tembakan musuh - Chuck Norris la sangat!

Lepas habis tengok filem ni akupun terus balik ke PJ, malas nak ronda-ronda Suria KLCC ni... Duit dalam poket pun bukannya banyak nak shopping (kes lepas raya, gaji bulan September lama lagi). Esoknya akan ke Melaka, dan balik semula ke PJ pada hari Jumaat 14/9/2012.

_____
Ada apa: Jumaat ada temujanji dengan tauke Dead Eye Guitars...

Antara ERL Dan LCCT


Sekarang aku baru tau yang kita dah boleh naik ERL (via shuttle bus) dari LCCT ke KL Sentral. Ini berita yang bagus sebab aku tak suka naik bas atau *teksi dari LCCT ke KL Sentral. Tapi aku tak sangka pula shuttle bus ERL ni akan turunkan penumpang di stesen Salak Tinggi, aku ingatkan turun di KLIA.

Dulu aku selalu naik ERL jenis KLIA Ekspres (non-stop) dari KLIA ke KL Sentral dengan harga standard RM35 satu perjalanan. Kira agak berbaloi dan cepat (29 minit sahaja) berbanding teksi yang tambangnya dalam RM60-80 dan mengambil masa dalam sejam setengah (bergantung kepada keadaan trafik). Tapi semenjak penjawat awam tidak lagi menggunakan khidmat MAS, jadi dah lama aku tak turun KLIA.

Dan aku baru tau tambang ERL dari LCCT ke KL Sentral (KLIA Transit) hanyalah RM12.50! Kalau diikutkan dari segi tambang dan keselesaan, RM12.50 lebih berbaloi berbanding naik bas dari LCCT ke KL Sentral yang tambangnya dalam lingkungan RM9-12. Cuma masa yang diambil untuk perjalanan menggunakan KLIA Transit agak lama berbanding KLIA Ekspres disebabkan faktor perhentian di setiap stesen.

Oke, off to KL Sentral and then PJ...

_____
Ada apa: *Selain daripada tambang yang mahal premium, aku tak suka berinteraksi dengan pemandu teksi ataupun berdiam diri sepanjang perjalanan.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (65) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (185) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (80) botb (21) bourns (5) boxing (76) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (67) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (85) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (57) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (64) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (28) dean markley (5) decathlon (11) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (54) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (8) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (80) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (284) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (22) family (77) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (56) floor jansen (11) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (62) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (42) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (63) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (31) iron cross (9) iron maiden (184) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (297) j5 (15) jackson (79) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (40) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (121) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (312) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (31) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (31) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (490) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (24) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (118) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (20) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (72) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (49) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (59) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (59) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (79) solar (1) sonata arctica (3) sony (37) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (197) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (30) sundrop (7) sungai (12) super album (108) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (36) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (39) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (24) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (494) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger