Sekarang aku baru tau yang kita dah boleh naik ERL (via shuttle bus) dari LCCT ke KL Sentral. Ini berita yang bagus sebab aku tak suka naik bas atau *teksi dari LCCT ke KL Sentral. Tapi aku tak sangka pula shuttle bus ERL ni akan turunkan penumpang di stesen Salak Tinggi, aku ingatkan turun di KLIA.
Dulu aku selalu naik ERL jenis KLIA Ekspres (non-stop) dari KLIA ke KL Sentral dengan harga standard RM35 satu perjalanan. Kira agak berbaloi dan cepat (29 minit sahaja) berbanding teksi yang tambangnya dalam RM60-80 dan mengambil masa dalam sejam setengah (bergantung kepada keadaan trafik). Tapi semenjak penjawat awam tidak lagi menggunakan khidmat MAS, jadi dah lama aku tak turun KLIA.
Dan aku baru tau tambang ERL dari LCCT ke KL Sentral (KLIA Transit) hanyalah RM12.50! Kalau diikutkan dari segi tambang dan keselesaan, RM12.50 lebih berbaloi berbanding naik bas dari LCCT ke KL Sentral yang tambangnya dalam lingkungan RM9-12. Cuma masa yang diambil untuk perjalanan menggunakan KLIA Transit agak lama berbanding KLIA Ekspres disebabkan faktor perhentian di setiap stesen.
Oke, off to KL Sentral and then PJ...
_____
Ada apa: *Selain daripada tambang yang mahal premium, aku tak suka berinteraksi dengan pemandu teksi ataupun berdiam diri sepanjang perjalanan.
3 komen:
haha masa bercuti dgn family pd bulan 6 yg lepas,kitorg pun guna kaedah n transport yg sama
aik?? bila turun KL??
part naik tren dari TBS tu ok,
tapi bila turun Salak Tinggi tu memang konfem bas dah tunggu, tapi lepas tu perjalanan dia lama jugak.. 30 minits or more kalo tak silap aku dalam bus tu.
Post a Comment