Aku menginap di King's Hotel Ayer Keroh, jadi hanya Melaka Mall sajalah tempat menarik yang paling dekat selain Jusco dan McD Drive-Thru (info daripada Portdy). Nak pergi melancong tempat-tempat bersejarah dah agak lewat dah ni, lagipun aku tak ada mood nak pergi jauh-jauh. Tujuan aku pergi Melaka Mall ni pun semata-mata nak ke Parkson belikan baju Lil'Ijau dan tengok wayang.
Aku dan Isabella ni memang kaki wayang. Waktu dia bekerja di Bintulu dulu, dialah geng aku menonton wayang. Semenjak dia dah berpindah ke Melaka tahun lepas dan disebabkan pawagam di Bintulu yang
Di Melaka Mall ni ada pawagam MBO, jadi sempatlah menjenguk filem-filem yang bakal ditonton, Aku dah plan ajak Isabella tengok filem Resident Evil: Retribution yang bakal ditayangkan pada 13/9/2012 nanti (lusa). Tak ada filem yang best nak ditonton malam ni sebab aku dan Isabella ni kaki wayang filem bergenre aksi dan sains fiksyen sahaja, lain-lain genre kami tak layan.
Satu lagi kegeraman Isabella (yang hampir sama dengan aku) ialah main game arcade. Kes tak jadi tengok wayang kami layan main game arcade di premis bersebelahan dengan MBO.
Malam masih muda, jadi lepas balik dari Melaka Mall kami singgah di restoran mamak Infasha Maju, yang tak berapa jauh dari King's Hotel. Kebetulan waktu ni ramai pengunjung datang ke restoran ni untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Vietnam.
Di restoran ni ada menjual variasi roti India, jadi aku memesan antara makanan kegemaranku iaitu roti nan keju (cheese nan). Di Bintulu memang susah nak cari roti nan, setakat ni aku cuma jumpa dua buah restoran sahaja yang ada menyediakan juadah eksotik ni.
Makan roti nan tanpa tandoori ayam memang tak sah. Hah!~ Apa lagi? "Feeding frenzy mode activated" lah jawabnya hahaha :) Daripada 10 bintang, aku bagi 8.5 untuk kedua-dua nan keju dan tandoori ayam ni, not bad!
_____
Ada apa: Semenjak tahun lepas, aku dah malas nak buat entri pasal 9/11.
0 comments
Post a Comment