Sementara itu, beberapa hari lepas menerima bungkusan eBay daripada estock (UK) bukan *estock_deutschland (DE), berisi DVD konsert Iron Maiden - Death On The Road. Walaupun berstatus terpakai (used), ia masih lagi nampak 90% seperti baru.
Apa beza estock UK dan DE? UK ada postage (tak mahal pun, £1.50 sahaja), DE free postage! Tapi malangnya DE tak jual DVD.
Perolehan yang tertunda lebih empat tahun semenjak merapu dalam entri versi CD audio. Itupun nasib baik ada estock yang menjualnya dengan harga tersenyum £3.96+1.50 (RM31.61), kalau harapkan seller lain, agak susah untuk diperolehi dengan harga sedemikian.
Ini merupakan versi 3-DVD (ada versi 2-DVD sahaja). Untuk konsert terdapat dua DVD yang berbeza format audio, satu adalah stereo dan satu lagi 5.1 Dolby Digital. Jika anda tidak mempunyai sistem teater rumah yang canggih, sila pasang versi stereo.
Bagi aku highlights untuk konsert ini ialah semasa lagu Journeyman. Rasanya tak pernah Iron Maiden buat persembahan full acoustic sebelum ini (betulkan kalau aku salah ye Deaf-Angel) kan?
Dengan sedikit tambahan solo Adrian Smith berbanding tiada solo dalam versi album. Harap-harap untuk album baru nanti adalah melekat satu lagu dalam mood sebegini.
Apa yang menarik dengan DVD konsert Iron Maiden (semenjak DVD Rock In Rio kot?), biasanya akan didatangkan dengan DVD bonus "special features".
Mengandungi dokumentari yang menceritakan pembikinan album Dance Of Death dan cerita di belakang tabir konsert jelajah Death On The Road mereka. Juga mengandungi klip video Wildest Dream dan Rainmaker serta galeri gambar.
Versi audio CD dah ada, versi DVD pun dah ada, dah boleh tutup akaun Death On The Road. Apa? Piring hitam? Tak apalah,
Next target, mungkin nak cari DVD konsert Live After Death atau Maiden England '88.
_____
Ada apa: *Sejak minggu lepas katalog estock_deutschland "bermasalah"...
















